”My heart is so small
it’s almost invisible.
How can You place
such big sorrows in it?
“Look,” He answered,
…”Your eyes are even smaller,
yet they behold the world.”
Tarikh : 23-24 Oktober 2010
Tempat : Kinabalu Park, Kundasang
Peserta : 11 orang
Pakcik Yusuf, Jamahizan, Fendi, Kidin, Abe, Yahya, Zaidi, Khairul, Adibah, Ainol dan aku..
Alhamdulillah...
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadhirat Ilahi kerana trip Kinabalu Climbathon telah pun kami hadiri walaupun tiada seorang pun yang berjaya sampai ke puncak (Low's Peaks 4095meter).Syukur kerana semua diantara kami telah mendaki dan turun dari Kinabalu dengan selamat.1001 pengalaman yang kami kutip akan kami bawa untuk pendakian yang seterusnya..
Terima kasih yang tidaak terhingga kepada Pakcik Yusuf yang membekalkan kami dengan penginapan di Tuaran dan pengangkutan sepanjang perjalanan kami.Tidak dilupakan sahabat yang turut sama menyertai 24th Kinabalu International Climbathon kerana memberi sokongan.Moga kita dapat berjumpa di 25th Kinabalu Inter. Climbathon..!
Berikut adalah ringkasan daripada perjalanan kami..
21 Oktober 2010 (Khamis) Tiba di Kota Kinabalu
1.00 tghr - Berangkat dr LCCT,KLIA ke Terminal 2 KKIA
8.00 mlm - Berjumpa pakcik Yusuf di waterfront, KK makan malam di waterfront.(Menu Ikan Bara Bakar dan Sotong Goreng), Terima kasih Pakcik Yusuf sekali lagi kerana sponsor makan malam kami...
9.00 mlm - Membeli Cendera hati di Pasar Filipin.
Bergerak ke Tuaran untuk bermalam di rumah Makcik Saudara Yahya..
Tidur..
22 Oktober 2010 (Jumaat) Snorekeling di Pulau Manukan
9.00 pagi - Bergerak ke Jeti Jesselton, Snorkeling di Taman Laut Tunku Abdul Rahman (Pulau Manukan), kos RM20 seorang (bot $10, snorkel, $10)
2.30 ptg - Bergerak ke Kundasang...Perjalanan memakan masa selama 2 jam
4.00 ptg - Berhenti di Pekan Nabalu membeli buah tangan
5.00 ptg - sampai di kinabalu Park, register untuk 24th International Kinabalu Climbathon
6.00 ptg bergerak ke Homestay, Kundasang
8.00 mlm - Makan malam di restoran Al-Hidayah (note-"Sayap" sedap disini)
9.00 mlm - Pulang ke Homestay dan tidur
23 Oktober 2010 (Sabtu) Acara Climbathon untuk Veteran dan Wanita Terbuka
7.30 pg - Flag Off
4.00 ptg - Bergerak ke Kolam Air Panas Poring..entrance fees klu tak silap dlm 3 rgt
6.00 ptg -Ke pekan Ranau, makan malam
8.00 mlm - Pulang Ke Kundasang
24 Oktober 2010 (Ahad) Men Open
5.30 pg - bangun pagi dan bergerak ke Kinabalu Park
6.00 pg - naik van ke Timpohon Gate
7.00 pg - Flag Off
12.00 tghr- Semua sampai di Finishing Line
Route Kinabalu Climbathon pada kali ini ialah 21km
(=8km naik+8km turun+5km on road)
Sambungan dari Nasibah 1...
Kembali Rasulullah memberangkatkan utusan ke rumah Nasibah. Mendengar berita kematian itu, Nasibah meremang bulu romanya.
“Hai utusan,” ujarnya, “Kausaksikan sendiri aku sudah tidak punya apa-apa lagi. Hanya masih tersisa diri yang tua ini. Untuk itu izinkanlah aku ikut bersamamu ke medan perang.”
Sang utusan mengerutkan keningnya. “Tapi engkau perempuan, ya Ibu….”
Nasibah tersinggung,
“Engkau meremehkan aku karena aku perempuan? Apakah perempuan tidak ingin juga masuk surga melalui jihad?”
Nasibah tidak menunggu jawaban dari utusan tersebut. Ia bergegas saja menghadap Rasulullah dengan kuda yang ada. Tiba di sana, Rasulullah mendengarkan semua perkataan Nasibah. Setelah itu, Rasulullah pun berkata dengan senyum.
“Nasibah yang dimuliakan Allah. Belum waktunya perempuan mengangkat senjata. Untuk sementra engkau kumpulkan saja ubat-ubatan dan rawatlah tentara yang luka-luka. Pahalanya sama dengan yang bertempur.”
Mendengar penjelasan Nabi demikian, Nasibah pun segera mengumpul ubat-ubatan dan berangkatlah ke tengah pasukan yang sedang bertempur. Dirawatnya mereka yang luka-luka dengan cermat.
Pada suatu saat, ketika ia sedang menunduk memberi minum seorang prajurit muda yang luka-luka, tiba-tiba terenjis darah di rambutnya.Kepala seorang tentara Islam terkehel dilibas senjata orang kafir. Timbul kemarahan Nasibah menyaksikan kekejaman ini. Apalagi waktu dilihatnya Nabi terjatuh dari kudanya selepas hampir-hampir ditusuk anak panah musuh, Nasibah tidak mampu menahan diri lagi. Nasibah bangkit dengan gagah berani. Diambilnya pedang prajurit yang tersungkur itu. Dinaiki kudanya. Lantas bagai singa betina, dia mengamuk. Musuh banyak yang cuba menghindarinya. Puluhan jiwa orang kafir pun melayang. Hingga pada suatu waktu seorang kafir mengendap dari belakang, dan melibas sehingga putus lengan kirinya. Ia terjatuh terinjak-injak.
Peperangan terus saja berjalan. Medan pertempuran makin menjauh, sehingga Nasibah sendirian. Ibnu Mas’ud menunggang kudanya, mengawasi kalau-kalau ada korban yang boleh ditolongnya. Ibnu Mas’ud melihat seseorang sedang bergerak-gerak dengan payah, segera mendekatinya. Dipercikannya air ke muka tubuh itu. Akhirnya Ibnu Mas’ud mengenalinya,
“Isteri Saidkah engkau?” Nasibah samar-sama memperhatikan penolongnya.
Lalu bertanya,
“bagaimana dengan Rasulullah? Selamatkah beliau?”
“Beliau tidak kurang suatu apapun…”
“Engkau Ibnu Mas’ud, bukan? Pinjamkan kuda dan senjatamu kepadaku…..”
“Engkau masih luka parah, Nasibah….”
“Engkau mau menghalangi aku membela Rasulullah?”
Terpaksa Ibnu Mas’ud menyerahkan kuda dan senjatanya. Dengan susah payah, Nasibah menaiki kuda itu, lalu menderapkannya menuju ke pertempuran. Banyak musuh yang ditewaskan. Namun, karena tangannya sudah kudung, akhirnya tentera kuffar mengambil kesempatan melibas kepalanya sehingga putus.Gugurlah perempuan itu di atas pasir. Darahnya membasahi tanah yang dicintainya. Tiba-tiba langit berubah hitam mendung. Padahal tadinya cerah terang benderang. Pertempuran terhenti sejenak.
Rasul kemudian berkata kepada para sahabatnya,
“Kalian lihat langit tiba-tiba menghitam bukan? Itu adalah bayangan para malaikat yang beribu-ribu jumlahnya. Mereka berduyun-duyun menyambut kedatangan arwah Nasibah, wanita yang perkasa."
Assalamualaikum.w.b.t.
Alhamdulillah..syukur ke hadhirat ilahi kerana diberi kesempatan untuk bertemu bulan Ramadhan yang kini telahpun memasuki hari yang ke 15.Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan berjihad..Jihad menahan nafsu lapar dan dahaga.
Sedikit kisah teladan yang ingin dikongsi bersama rakan-rakan iaitu Jihad Ummu Saad(Ibu kepada Saad).
Ummu Saad,nama sebenarnya ialah Nasibah adalah isteri kepada sahabat Rasulullah yang bernama *Said..beliau dikurniakan dua cahaya mata bernama Amar(15 tahun) dan Saad (13 tahun).
Pada satu ketika, sedang Nasibah berada di dapur, dan Said tidur di kamar.. Nasibah terdengar bunyi gemuruh yang sebenarnya merupakan tentera kuffar yang keluar pergi menyerang Muslim di bukit Uhud.
Nasibah mengejutkan suaminya,Said dengan lembut.Said yang separuh sedar tersentak dan menyesal kerana bukan dirinya yang mendengar bunyi gemuruh tentera tersebut.
Said segera mengenakan pakaian perangnya dan menyiapkan kudanya, Nasibah menghampiri suaminya dan menghulurkan pedang suaminya itu..
“Suamiku, bawalah pedang ini. Jangan pulang sebelum menang….”
Setelah mendengar kata-kata Nasibah, tiada keraguan bagi Said untuk terus menuju ke medan perang. Tibanya beliau di medan perang, Rasulullah memberikan senyumannya kepada Said.Keberanian Said terus memuncak untuk berjihad.Namun ditakdirkan beliau gugur syahid.
Rasulullah menghantarkan pengutusnya untuk memnyampaikan berita keguguran Said di medan perang.
“Ibu, salam dari Rasulullah,” berkata pengutus rasulullah,
“Suami Ibu, Said baru saja gugur di medan perang. Beliau syahid…”
Nasibah tertunduk sebentar,
“Inna lillah…..” gumamnya, “Suamiku telah menang perang. Terima kasih, ya Allah.”
Nasibah memanggil dan berkata-kata kepada anak sulungnya,Amar,
“Amar, kaulihat Ibu menangis? Ini bukan air mata sedih mendengar ayahmu telah syahid. Aku sedih kerna tidak punya apa-apa lagi untuk diberikan pagi para pejuang Nabi. Mahukah engkau melihat ibumu bahagia?”
Amar mengangguk. Hatinya berdebar-debar.
“Ambilah kuda di kandang dan bawalah tombak. Bertempurlah bersama Nabi hingga kaum kafir terbasmi.”
Mata Amar bersinar-sinar.
“Terima kasih, Ibu. Inilah yang aku tunggu sejak dari tadi. Aku was-was seandainya Ibu tidak memberi kesempatan kepadaku untuk membela agama Allah.”
Putra Nasibah yang berbadan kurus itu pun segera menderapkan kudanya mengikut jejak sang ayah. Tidak tampak ketakutan sedikitpun dalam wajahnya. Di depan Rasulullah, ia memperkenalkan diri.
“Ya Rasulullah, aku Amar bin Said. Aku datang untuk menggantikan ayah yang telah gugur.”
Rasul dengan terharu memeluk anak muda itu.
“Engkau adalah pemuda Islam yang sejati, Amar. Allah memberkatimu….”
Hari itu pertempuran berlalu dengan cepat. perperanga berlangsung sehingga pagi. Pagi-pagi seorang utusan pasukan islam berangkat dari perkemahan mereka meunuju ke rumah Nasibah. Setibanya di sana, Nasibah sedang menanti menunggu berita,
“Ada kabar apakah gerangan kiranya?” serunya gemetar ketika sang utusan belum lagi membuka suaranya, “apakah anakku gugur?”
Utusan itu menunduk sedih, “Betul….”
“Inna lillah….” Nasibah bergumam kecil. Ia menangis.
“Kau berduka, ya Ummu Amar?”
Nasibah menggeleng .
“Tidak, aku gembira. Hanya aku sedih, siapa lagi yang akan kuhantar untuk pergi berjihad? Saad masih kanak-kanak.”
Mendegar itu, Saad yang tengah berada tepat di samping ibunya, menyela,
“Ibu, jangan remehkan aku. Jika engkau izinkan, akan aku tunjukkan bahawa Saad adalah putra seorang ayah yang gagah berani.”
Nasibah terperanjat. Ia memandangi putranya.
“Kau tidak takut, nak?”
Saad yang sudah meloncat ke atas kudanya menggeleng yakin. Sebuah senyumam terhias di wajahnya. Ketika Nasibah dengan besar hati melambaikan tangannya, Saad hilang bersama utusan itu.
Di arena pertempuran, Saad betul-betul menunjukkan kemampuannya. Pemuda berusia 13 tahun itu telah banyak menumpaskan banyak orang kafir. Hingga akhirnya tibalah saat itu, yakni ketika sebilah anak panah menusuk di dadanya. Saad tersungkur mencium bumi dan menyerukan, “Allahu akbar!”
Assalamualaikum.w.b.t.
Alhamdulillah..syukur ke hadhirat ilahi kerana diberi kesempatan untuk bertemu bulan Ramadhan yang kini telahpun memasuki hari yang ke 15.Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan berjihad..Jihad menahan nafsu lapar dan dahaga.
Sedikit kisah teladan yang ingin dikongsi bersama rakan-rakan iaitu Jihad Ummu Saad(Ibu kepada Saad).
Ummu Saad,nama sebenarnya ialah Nasibah adalah isteri kepada sahabat Rasulullah yang bernama *Said..beliau dikurniakan dua cahaya mata bernama Amar(15 tahun) dan Saad (13 tahun).Pada satu ketika, sedang Nasibah berada di dapur, dan *Said tidur di kamar.. Nasibah terdengar bunyi gemuruh yang sebenarnya merupakan tentera kuffar yang keluar pergi menyerang Muslim di bukit Uhud.
Nasibah mengejutkan suaminya,Said dengan lembut.Said yang separuh sedar tersentak dan menyesal kerana bukan dirinya yang mendengar bunyi gemuruh tentera tersebut.
Said segera mengenakan pakaian perangnya dan menyiapkan kudanya, Nasibah menghampiri suaminya dan menghulurkan pedang suaminya itu..
“Suamiku, bawalah pedang ini. Jangan pulang sebelum menang….”
Setelah mendengar kata-kata Nasibah, tiada keraguan bagi Said untuk terus menuju ke medan perang. Tibanya beliau di medan perang, Rasulullah memberikan senyumannya kepada Said.Keberanian Said terus memuncak untuk berjihad.Namun ditakdirkan beliau gugur syahid.
Rasulullah menghantarkan pengutusnya untuk memnyampaikan berita keguguran Said di medan perang.
“Ibu, salam dari Rasulullah,” berkata pengutus rasulullah, “Suami Ibu, Said baru saja gugur di medan perang. Beliau syahid…”
Nasibah tertunduk sebentar,
“Inna lillah…..” gumamnya, “Suamiku telah menang perang. Terima kasih, ya Allah.”
Nasibah memanggil dan berkata-kata kepada anak sulungnya,Amar,
“Amar, kaulihat Ibu menangis? Ini bukan air mata sedih mendengar ayahmu t elah syahid. Aku sedih karena tidak punya apa-apa lagi untuk diberikan pagi para pejuang Nabi. Maukah engkau melihat ibumu bahagia?”
Amar mengangguk. Hatinya berdebar-debar.
“Ambilah kuda di kandang dan bawalah tombak. Bertempurlah bersama Nabi hingga kaum kafir terbasmi.”
Mata Amar bersinar-sinar.
“Terima kasih, Ibu. Inilah yang aku tunggu sejak dari tadi. Aku was-was seandainya Ibu tidak memberi kesempatan kepadaku untuk membela agama Allah.”
Putra Nasibah yang berbadan kurus itu pun segera menderapkan kudanya mengikut jejak sang ayah. Tidak tampak ketakutan sedikitpun dalam wajahnya. Di depan Rasulullah, ia memperkenalkan diri.
“Ya Rasulullah, aku Amar bin Said. Aku datang untuk menggantikan ayah yang telah gugur.”
Rasul dengan terharu memeluk anak muda itu.
“Engkau adalah pemuda Islam yang sejati, Amar. Allah memberkatimu….”
Hari itu pertempuran berlalu dengan cepat. perperangan berlangsung sehingga pagi. Pagi-pagi seorang utusan pasukan islam berangkat dari perkemahan mereka meunuju ke rumah Nasibah. Setibanya di sana, Nasibah sedang menanti menunggu berita, “Ada kabar apakah gerangan kiranya?” serunya gemetar ketika sang utusan belum lagi membuka suaranya, “apakah anakku gugur?”
Utusan itu menunduk sedih, “Betul….”
“Inna lillah….” Nasibah bergumam kecil. Ia menangis.
“Kau berduka, ya Ummu Amar?”
Nasibah menggeleng .
“Tidak, aku gembira. Hanya aku sedih, siapa lagi yang akan kuhantar untuk pergi berjihad? Saad masih kanak-kanak.”
Mendegar itu, Saad yang tengah berada tepat di samping ibunya, menyela,
“Ibu, jangan remehkan aku. Jika engkau izinkan, akan aku tunjukkan bahawa Saad adalah putra seorang ayah yang gagah berani.”
Nasibah terperanjat. Ia memandangi putranya. “Kau tidak takut, nak?”
Saad yang sudah meloncat ke atas kudanya menggeleng yakin. Sebuah senyumam terhias di wajahnya. Ketika Nasibah dengan besar hati melambaikan tangannya, Saad hilang bersama utusan itu.
Di arena pertempuran, Saad betul-betul menunjukkan kemampuannya. Pemuda berusia 13 tahun itu telah banyak menumpaskan banyak orang kafir. Hingga akhirnya tibalah saat itu, yakni ketika sebilah anak panah menusuk di dadanya. Saad tersungkur mencium bumi dan menyerukan, “Allahu akbar!”
Kembali Rasulullah memberangkatkan utusan ke rumah Nasibah. Mendengar berita kematian itu, Nasibah meremang bulu romanya. “Hai utusan,” ujarnya,
“Kausaksikan sendiri aku sudah tidak punya apa-apa lagi. Hanya masih tersisa diri yang tua ini. Untuk itu izinkanlah aku ikut bersamamu ke medan perang.”
Sang utusan mengerutkan keningnya. “Tapi engkau perempuan, ya Ibu….”
Nasibah tersinggung, “Engkau meremehkan aku karena aku perempuan? Apakah perempuan tidak ingin juga masuk surga melalui jihad?”
Nasibah tidak menunggu jawaban dari utusan tersebut. Ia bergegas saja menghadap Rasulullah dengan kuda yang ada. Tiba di sana, Rasulullah mendengarkan semua perkataan Nasibah. Setelah itu, Rasulullah pun berkata dengan senyum.
“Nasibah yang dimuliakan Allah. Belum waktunya perempuan mengangkat senjata. Untuk sementra engkau kumpulkan saja ubat-ubatan dan rawatlah t entara yang luka-luka. Pahalanya sama dengan yang bertempur.”
Mendengar penjelasan Nabi demikian, Nasibah pun segera mengumpul ubat-ubatan dan berangkatlah ke tengah pasukan yang sedang bertempur. Dirawatnya mereka yang luka-luka dengan cermat. Pada suatu saat, ketika ia sedang menunduk memberi minum seorang prajurit muda yang luka-luka, tiba-tiba terenjis darah di rambutnya.Kepala seorang tentara Islam terkehel dilibas senjata orang kafir.
Timbul kemarahan Nasibah menyaksikan kekejaman ini. Apalagi waktu dilihatnya Nabi terjatuh dari kudanya selepas hampir-hampir ditusuk anak panah musuh, Nasibah tidak mampu menahan diri lagi. Nasibah bangkit dengan gagah berani. Diambilnya pedang prajurit yang tersungkur itu. Dinaiki kudanya. Lantas bagai singa betina, dia mengamuk. Musuh banyak yang cuba menghindarinya. Puluhan jiwa orang kafir pun melayang. Hingga pada suatu waktu seorang kafir mengendap dari belakang, dan melibas sehingga putus lengan kirinya. Ia terjatuh terinjak-injak.
Peperangan terus saja berjalan. Medan pertempuran makin menjauh, sehingga Nasibah sendirian. Ibnu Mas’ud menunggang kudanya, mengawasi kalau-kalau ada korban yang boleh ditolongnya. Ibnu Mas’ud melihat seseorang sedang bergerak-gerak dengan payah, segera mendekatinya. Dipercikannya air ke muka tubuh itu. Akhirnya Ibnu Mas’ud mengenalinya, “Isteri Saidkah engkau?”
Nasibah samar-sama memperhatikan penolongnya. Lalu bertanya, “bagaimana dengan Rasulullah? Selamatkah beliau?”
“Beliau tidak kurang suatu apapun…”
“Engkau Ibnu Mas’ud, bukan? Pinjamkan kuda dan senjatamu kepadaku…..”
“Engkau masih luka parah, Nasibah….”
“Engkau mau menghalangi aku membela Rasulullah?”
Terpaksa Ibnu Mas’ud menyerahkan kuda dan senjatanya. Dengan susah payah, Nasibah menaiki kuda itu, lalu menderapkannya menuju ke pertempuran. Banyak musuh yang ditewaskan. Namun, karena tangannya sudah kudung, akhirnya tentera kuffar mengambil kesempatan melibas kepalanya sehingga putus.Gugurlah perempuan itu ke atas pasir. Darahnya membasahi tanah yang dicintainya.
Tiba-tiba langit berubah hitam mendung. Padahal tadinya cerah terang benderang. Pertempuran terhenti sejenak. Rasul kemudian berkata kepada para sahabatnya, “Kalian lihat langit tiba-tiba menghitam bukan? Itu adalah bayangan para malaikat yang beribu-ribu jumlahnya. Mereka berduyun-duyun menyambut kedatangan arwah Nasibah, wanita yang perkasa.
Ustaz ingin menguji diantara anaknya yang manakah lebih menyanyangi dan mencintainya.Lalu ustaz menguji setiap anaknya dari hari ke hari..
Pada hari pertama, ustaz balik dari kerja. Beliau menguji anak sulungnya yang tengah melayari internet...
"Kak Yong, minta bancuhkan secawan teh auntuk abah" arah Ustaz kepada anak sulungnya...
Lalu Kak Yong menjawab..."Sekejap abah, Kak Yong tengah layari FaceBook ni...sebentar lagi Kak Long bancuhkan ya..."...di benak Ustaz mengatakan anaknya membancuh teh untuknya kerana TERPAKSA mengikut arahannya.
Pada hari kedua, ustaz balik dari kerja.Beliau menguji anaknya yang kedua yang tengah membuat kerja sekolah..
"Abang Ngah, tolong bancuhkan secawan teh untuk abah.." minta Ustaz kepada anak keduanya..
Lalu Abang Ngah menjawab... "Baik abah, sebentar lagi angah bancuhkan"..dibenak hati Ustaz mengatakan anak dia TAAT ke atas perintahnya...
Pada hari ketiga beliau menguji pula anak ketiganya yang sedang bermain bola sepak dgn adik bongsunya.. "Abang Alang.. tolong bancuhkan teh abah sekarang..!" pinta Ustaz pada anak ketiganya..
Lantas jawab Abang Alang.."Baiklah abah.., Alang bancuhkan ..".. dibenak ustaz mengatakan anaknya berbuat demikian kerana TAKUT dengannya..
Pada Hari terakhir, Ustaz menguji anak bongsunya yang sedang menonton TV..."Adik...tolong buatkan ayah secawan teh..."
Lantas Adik membancuh air teh tanpa sebarang bantahan dan tanpa berlengah...adik menghulurkan secawan teh kepada ustaz...lantas memicit bahu ustaz yang baru pulang dari kerja...
Di benak ustaz mengatakan, Adik sayang dan cinta kepadanya kerana adik membuat sesuatu bukan kerana TERPAKSA dan TAKUT tetapi kerana TAATNYA dan CINTANYA kepada ustaz...
Adik taat kerana dia tidak membantah dan bergegas membuat apa yang diperintah ustaz.Adik memicit bahu ustaz kerana dia tahu abahnya penat dan menzahirkan rasa cintanya dengan membuat sesuatu lebih daripada apa yang dipinta ustaz..
Di sini dapat saya rumuskan, manusia mentaati perintah seseorang ketua dan perintah Tuhan kerana TERPAKSA, TAKUT,TAAT dan CINTA.
Dan manusia akan berbuat baik lebih dari apa yang dipinta jika dia CINTA akan seseorang... Begitu juga jika manusia cinta akan Tuhan dan Rasulnya..manusia itu akan sanggup berKORBAN MASA, HARTA, JIWA dan RAGA untuk Allah dan Rasulnya..Ini dapat dilihat pada diri para sahabat rasulullah S.A.W. yang terdahulu.
Sempena Ramadhan ini mari kita laksanakan ibadat kepada Allah S.W.T kerana rasa TAKUT, TAAT dan CINTA kita kepada Allah dan bukan kerana TERPAKSA..
Mari kita berpuasa, tarawih, dan qiamulail kerana rasa cinta kepada Allah.
Kita berpuasa bukan sekadar menahan nafsu lapar dan dahaga, tetapi menahan mata, telinga dan segala anggota badan daripada melakukan perkara yang lagha dan maksiat.
Kita tarawih bukan sekadar mengejar fadhilat, tetapi mengejar keredhaan Allah..
Dan kita Qiamulail kerana rasa Cinta dan Rindu kita kepada Allah S.W.T..
"Beribadat dan beramallah seperti Ramadhan kali ini adalah yang kali terakhir untuk kita.Moga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik untuk kita semua.."
Tidak dinafikan di bulan Ramadhan produktiviti sebahagian dari kita amat rendah.Secara amnya ini disebabkan pengambilan makanan yang kurang tepat.Sebagai contoh, ada di antara kita yang mengabaikan sahur, dan berlebih-lebihan ketika berbuka.
# Makan karbohidrat secukupnya khususnya yang kaya dengan serat.
# Ingat untuk makanan buah-buahan dan sayuran.
# Minum air secukupnya - satu liter sehari.
# Elak ambil makanan kandungan gula tinggi seperti gula-gula, kuih atau minuman manis.
# Elak makanan terlalu pedas.
# Elak minuman berkafein - kafein adalah diuretik (menyebabkan kerap kencing).
# Kurangkan merokok.
# Ambil tambahan multivitamin lengkap dengan zat mineral untuk menjaga sistem imun dan tahap tenaga badan.
Makanan Yang Disyorkan Untuk Bersahur;
# Bijirin oat atau gandum penuh, 1 hingga 2 hidangan dengan secawan susu.
# Makan 1 hingga 2 hidangan buah-buahan sebagai pencuci mulut.
Makanan Yang Disyorkan Berbuka Puasa;
# Badan kita memerlukan sumber tenaga cepat. Elakkan mengisi perut dengan makanan berkarbohidrat secara segera.
# Mula dengan kurma dan jus untuk meningkatkan paras glukosa darah kepada paras normal.
Apabila paras glukosa kembali normal, ambil makan daripada kumpulan makanan berikut :
# Daging/kacang
# Roti/bijirin/nasi
# Susu/yogurt
# Sayur-sayuran
# Buah-buahan
# Buah-buahan dan kacang boleh dimakan sebagai snek sebelum tidur.
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua kenalan dan sahabat handai,Semoga Ramadhan tahun Ini diberi pengisian dan lebih bermakna...
Sabda Rasulullah S.A.W., "Barangsiapa menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban. Maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu."
Dalam pada itu bagi mendapat keberkatan Syaaban, adalah dituntut menunaikan sembahyang sunat dua rakaat pada malam Nisfu Syaaban iaitu malam yang ke-15 pada bulan Syaaban. Sembahyang sunat ini dilakukan selepas menunaikan solat fardhu Maghrib dan selepas sembahyang sunat Ba'diyah dengan membaca surah "Qul yayyuhal Kafirun.." pada rakaat pertama dan surah "Qul huwallahu ahad.." pada rakaat terakhir. Selepas selesai sembahyang sunat Nisfu Syaaban disunatkan juga membaca surah Yaasin dan memohon doa dilanjutkan usia, kekuatan untuk beribadat serta memohon ketetapan iman.
Moga kita dapat meluangkan sedikit masa kita untuk mengingatiNya agar diberi perlindungan dan hidayah.Ameen...
Dry Bag Pack Eiger
Capacity (20ltr & 25ltr)
Warna
*20 ltr: Navy Grey, Maroon & Striking Red
**25 ltr: Light Blue
Harga
*20 ltr =RM125
**25 ltr=RM150
Sesuai digunkan untuk aktiviti SUKAN AIR dan KEMBARA
Depan
Untuk tempahan sila isikan maklumat anda dalam google doument berikut dan "click SAVE NOW":
Order Dry Bag Pack Eiger.googledoc