Yong Yap - Tok Nenek "Sumpahan Sang Kelebai" (23-27 Januari 2010)

Yong Yap(2167m@7110kaki)...

Gunung
ketujuh tertinggi di Semenanjung dan boleh dianggap sebagai gunung G7 yang terendah dan termudah.Sesuai sebagai langkah pertama kepada semua pendaki yang ingin memulakan pendakian G7 mereka...

Tok Nenek...

Lagenda mengatakan Sang Kelebai telah menyumpah
tiga beranak yang telah melalui laluan ini (Tok, Nenek dan cucu) menjadi batu.Di barat...Gunung Tok Nenek lebih dikenali sebagai Table(Tok) and Chair(Nenek) Mountain. Tok Nenek merupakan gunung yang menarik untuk didaki...cantik dan unik...disyorkan kepada mereka yang mahukan photoshoot yang menarik...


Trip G7 pertama aku bersama ARC pada tahun 2010.Pak Kasim (Jambang) sebagai trekker.
Trip Yong Yap- Tok Nenek '10 ini disertai 18 orang peserta..Arip (P.M.),Jama,Asker, Khainis, Abe, Yaye, Olim, Fathi, Bani, Afis, Awe, Ejad, Din, Halim, Alen, Nadea, El, dan aku.


Sejenak mengimbas perjalanan kami...

23 Januari 2010 (Gombak - Pos Brook)

6.00 ptg - Berkumpul, bahagi ''ration dan equipment'' ,dan bergerak ke Gua Musang
9.00 ptg - Tiba di Penempatan Orang Asli(POS) Brooke, makan malam dan tidur.


24 Januari(Pos Brook - Kem Tahak)

6.30 pg - Subuh
7.30 pg - Sarapan Pagi(Mihun Goreng)
9.00 pg - Regangan dan mulakan pendakian
12.30 tghr - Makan Tengah Hari di Sungai(Check Point per1)
3.00 ptg - Tiba di Kem Tahak, set up campsite...
12.00 mlm - Masak Diner...Main Royal...Tidur
~ bila orang laen masak ade gak yang sempat main royal...caitt...


25 Januari (Kem Tahak - Yong Yap - Bubu)


6.30 pg - Subuh, sarapan (bubur dan roti sardin),
9.20 pg - Sambung perjalanan ke Puncak Yong Yap
1.00 ptg - Melalui Lubang Minah, Tipah Tertipu dan Simpang Bubu
~perjalanan sukar(mencanak dan sempit) sebelum ke puncak
2.00 ptg - Tiba di puncak
2.20 ptg - Turun semula ke Simpang Bubu dan melalui 7 anak bukit sebelum sampai ke Puncak Bubu
5.50 ptg - Tiba di puncak Bubu, set up campsite
12.00 mlm - Tidur...
~ pagi tu...tak sempat aku nak bedal roti...sume dah habis dimakan...


26 Januari (Puncak Bubu - Puncak Kayung - Tok Nenek - Pos Brooke - Brinchang)

~Tengok route die jer dah tau mesti suffer nyer...tapi layannn....

6.30 pg - Subuh, layan sunrise , sarapan
9.00 pagi - Sambung perjalanan ke Tok Nenek
12.00 tghri - Tiba Di Tok Nenek
8.15 mlm - Tiba d Pos Brooke
9.30 mlm - Menaiki Van Nasir ke Brinchang
11.30 mlm - Makan malam di retoran Pok Nik, dan tidur di hostel Brinchang
~ Ada member kita kalah main royal 2 kali...10 point tuk dia...haha....


27 Januari (Brinchang - Gombak)


6.30 pg - Subuh, aku turun ke tanah rata dan ke puncak Arabella
10.00 pg - Balik ke Hostel
11.30 pg - Ke Pasar Kew Farm
2.00 ptg - Ke Strawberry Farm
2.30 ptg - Makan Tghari (tapi bedal diner plate) di KFC Brinchang
5.00 ptg - Pulang ke Gombak


~Tamat Misi G7 YongYap...Alhamdulillah....~


Sebahagian daripada gambar-gambar sekitar perjalanan...


Sungai Di Kem Tahak


Gambar Beramai-ramai di Puncak Yong Yap(2167m@7110kaki)


Sunrise Di Puncak Bubu



Gambar Beramai-ramai Di Puncak Tok Nenek


Gambar Beramai-ramai Di Strawberry Farm(Brinchang)


Ehemm...Aku di Puncak Tok Nenek

Sedikit Renungan...

"Berjalanlah seperti air yang mengalir dari hulu ke hilir sungai, nescaya kamu akan jernih seperti air itu dan boleh dimanfaatkan. Jangan menjadi seperti air yang bertakung(tidak mengalir)kerana ia menjadi racun meskipun kelihatan jernih".

Trip Gunung Tapis “Yang Terpilih” (1512meter@4961kaki)

Ayah Mat, penduduk asal Sungai Lembing telah menceritakan bagaimana Gunung tertinggi di Kuantan ini dinamakan Gunung Tapis. Menurut Ayah Mat, Gunung Tapis bukanlah gunung yang tertinggi di Kuantan. Tetapi masih ada gunung yang tinggi selain Tapis di Kuantan.Hanya “Yang Terpilih” dapat melihat”nya” dari puncak Tapis. Tambah beliau, gunung Tapis ini berpenunggu dan di puncaknya terdapat banyak bunga Senduduk Putih (Malastroma Betricum) yang mempunyai banyak khasiat dan ia berpenunggu. Jadi jangan sesekali memetik bunga senduduk di puncak Tapis..hehe..

Sebagai pengetahuan, gunung tapis pernah meragut nyawa seorang pendaki yang terjatuh dari permatang (antara kaki gunung dan puncak) pada tahun 2004.Route Tapis boleh dikatakan sebagai sederhana susah.Perjalanan ke puncak mengambil masa 14 jam (leisure trip) @2 hari perjalanan.

Di Puncak Tapis, kelihatan Bandar Kuantan, Permatang dan Gunung Tahan(Jerantut)

Pendakian ini disertai oleh 25 peserta dari T-rex(Kelab Kembara UMP),Aguma(Anak Gunung Malaya@Alumni T-Rex), Kelab Kayak UMP, dan Bikers on Bike Club UMP. Ayah Mat, Badul dan Along sebagai Trekker.Aku sbg peserta solo..hehe..solo hiker…

Perjalanan kami dapat diringkaskan seperti berikut:


15 Januari 2010 (Pesona Resort- Campsite 1)

7.30mlm- Berkumpul di Balai Polis Sg. Lembing,Bertolak ke Pesona Resort

8.30mlm- Sampai di Pesona Resort (Check Point 1@CP1),bergerak ke Campsite 1()

9.00mlm- Tiba di CP2 (pertemuan Sg Jin dan Sg Keliu), Lintas Sungai Keliu

10.15mlm- Tiba di Campsite 1 (Pertemuan Sg Keliu dan sg Jaguk)

3.00pagi- Tidur

Kami mendirikan kem di campsite 1, Ayah Mat , Badul , Along dan Aku makan Lamb Chop,Chicken Roasted, Wedges sbg makan malam.



16 Januari 2010 (Campsite 1 - Campsite 2(Kaki Gunung Tapis) - Puncak Tapis)

6.30pg - Subuh

10.30pg - Bergerak ke Campsite 2

12.30tghari - Sampai di CP3

3.30ptg - Sampai di kaki Bukit Tobat

5.00ptg - Tiba di CP5(Pokok Ada Rasa)

5.30ptg - Sampai di kaki Gunung Tapis(Campsite 2)

9.30mlm - Tiba di CP9 Bonsai

**Taman Bonsai 20 minit perjalanan dari CP9

10.30mlm - Tiba di Puncak Tapis



17 Januari 2010 (Puncak- Pesona Resort)


12.30tghari - Turun dari puncak

10.30mlm - Tiba di Pesona Resort

Beberapa gambar sekitar perjalanan:



Bergerak dari Check Point 3 (Lubuk Anak Kelah)



Peringatan Kematian Seoarang Pendaki pada tahun 2004


Bergambar beramai-ramai di Puncak Tapis


Puncak Tapis (1512 meter)


Permatang

Ekspedisi Merapi-Sigalang, Padang Indonesia 2009 (MerSing ‘09)

Mengikut lagenda Gunung Merapi (2891 meter) adalah gunung bagi Dewa, Sigalang (2877 meter) adalah gunung bagi Dewi dan Gunung Tandikek Puteri anak kepada Dewa Dewi. Merapi dan Tandikek adalah gunung volkanik yang masik aktif manakala Sigalang adalah yang sudah mati.

Ekspedisi MerSing ’09 ini disertai 6 peserta…Pakoi (Latepackers), Kidin (X-ARC Gombak), Umi, Midin(MAWC-Monach Adv. & Wild Club), Em (Thailand) dan Aku. Guide kami ialah Amfreizer, Donal, dan Hengky. Xpdc kali ni boleh dikatakan yang paling leisure dan boleh dikatakan sebagai Family Trip...Santai dan Enjoy. Cume bajet yang lari sampai berhutang dengan Umi dan Pakoi… ekeke…

Perjalanan trip kami dapat di simpulkan seperti berikut:

17 Disember 2009 (LCCT- Padang – Tawer)

6.00 pagi – Berkumpul di LCCT, solat subuh, sarapan dan tukar duit ringgit ke Rupiah(rate,Rm1 =3,900Rupiah).
7.50 pagi – Bertolak ke Padang(Flight AK470) .
8.30 pagi – Kami Sampai di Lapangan Minangkabau Indonesia.
11.00 pagi – Kami menaiki van Hendra (Manager Eiger Bukit Tinggi) ke Bukit Tinggi. Dapat dilihat sedikit kerosakan akibat gemba bumi yang telah berlaku.Tanah runtuh , rumah runtuh dan retak.Singgah di Air Terjun Lembah Anai
12.00 pagi – Kami membeli-belah di Markas Outdor Eiger untuk membeli kelengkapan mendaki. Tanpa kami sedar kami telah menghabiskan 13 JUTA Rupiah.
5.00 petang – Kami bertolak ke kaki gunung Merapi “Tawer@Tower”

18 Disember 2009 (Kem Cadas Puncak Merpati – Koto Baru)

1.00 pagi- Kami tiba di campsite.Tidur.
6.30 pagi – Solat subuh dan sambung tidur. Terima kasih Am dan rakan2 kerana menyediakan breakfast untuk kami..aku dan rakan lain ‘enak’ dibuai mimpi..
9.30 pagi – Kami bertolak ke puncak Merapi.
10.00 pagi – Tiba di Kem Cadas(Bonsai)
10.45 pagi –Tiba di Puncak Merapi

Di Tugu Peringatan Abel
Dari Kiri : Pakoi, Kidin, Midin, Aku dan Umi

11.40 pagi – Tiba di Puncak Merpati

Di Puncak Merpati(2891meter)

1.30 ptg – Turun dari Merapi ke Tawer
7.30 mlm –Sampai di Tawer (Kaki Gunung)
10.30 – Samapi di Koto Baru, solat dan dinner (Guava Punch dengan Nasi Padang

19 Disember 2009 (Puncak Sigalang)

12.00 pagi - Bertolak ke kaki gunung Sigalang (Tawer juga name based camp nyer).Kami berjalan kaki selama sejam sebelum sampai ke tower.
1.00 pagi- Tiba di Tawer. Tidur.
9.45 pagi – Mendaki ke puncak Sigalang ‘freebody@tanpa bagpack’
2.00 ptg – Tiba di Kem Cadas Sigalang

Kem Cadas Sigalang Yg Memukau

3.30 ptg – Tiba di puncak sigalang

Danau Sigalang Disebalik Pohon Cadas

Puncak Sigalang (2877 meter)
Dari Kiri : Aku, Kidin, Hengky, Umi, Am, Donal
Depan Dr Kiri : Em dan Pakoi

4.30 ptg – Turun dari puncak.
7.15 ptg – Tiba di based camp “Tawer”
8.00 ptg – Kami bertolak ke rumah Am

20 Disember 2009 (Kampung Sg Pua dan Kampung Pandai Sikek)
Hari ini kami meluangkan masa ke Kampung Sungai Pua iaitu kampung halaman Hengky dimana kampong ini menghasilkan pedang dan parang untuk menentang Penjajah belanda satu masa dahulu.Kemudian ke Kampong Pandai Sikek dimana kampung ini mengeluarkan hasil tenunan dan kami kembali semula ke bukit tinggi untuk menaiki Bendi (Kereta Kuada) dan makan Satay Padang.Kami bermalam di rumah Am sebelum kami pulang ke Malaysia di hari berikutnya.

21 Disember 2009
8.30 – Pulang ke Malaysia

Trip MerSing kali ini pasti dirindukan. Harap dapat diteruskan dengan trip seterusnya,Xpdc ke Kerinchi pula ..InsyaAllah….Moga perjalanan kali ini member 1001 satu pengalaman berharga…Ameen….