Mengikut lagenda Gunung Merapi (2891 meter) adalah gunung bagi Dewa, Sigalang (2877 meter) adalah gunung bagi Dewi dan Gunung Tandikek Puteri anak kepada Dewa Dewi. Merapi dan Tandikek adalah gunung volkanik yang masik aktif manakala Sigalang adalah yang sudah mati.
Ekspedisi MerSing ’09 ini disertai 6 peserta…Pakoi (Latepackers), Kidin (X-ARC Gombak), Umi, Midin(MAWC-Monach Adv. & Wild Club), Em (Thailand) dan Aku. Guide kami ialah Amfreizer, Donal, dan Hengky. Xpdc kali ni boleh dikatakan yang paling leisure dan boleh dikatakan sebagai Family Trip...Santai dan “Enjoy”. Cume bajet yang lari sampai berhutang dengan Umi dan Pakoi… ekeke…
Perjalanan trip kami dapat di simpulkan seperti berikut:
17 Disember 2009 (LCCT- Padang – Tawer)
6.00 pagi – Berkumpul di LCCT, solat subuh, sarapan dan tukar duit ringgit ke Rupiah(rate,Rm1 =3,900Rupiah).
7.50 pagi – Bertolak ke Padang(Flight AK470) .
8.30 pagi – Kami Sampai di Lapangan Minangkabau Indonesia.
11.00 pagi – Kami menaiki van Hendra (Manager Eiger Bukit Tinggi) ke Bukit Tinggi. Dapat dilihat sedikit kerosakan akibat gemba bumi yang telah berlaku.Tanah runtuh , rumah runtuh dan retak.Singgah di Air Terjun Lembah Anai
12.00 pagi – Kami membeli-belah di Markas Outdor Eiger untuk membeli kelengkapan mendaki. Tanpa kami sedar kami telah menghabiskan 13 JUTA Rupiah.
5.00 petang – Kami bertolak ke kaki gunung Merapi “Tawer@Tower”
18 Disember 2009 (Kem Cadas Puncak Merpati – Koto Baru)
1.00 pagi- Kami tiba di campsite.Tidur.
6.30 pagi – Solat subuh dan sambung tidur. Terima kasih Am dan rakan2 kerana menyediakan breakfast untuk kami..aku dan rakan lain ‘enak’ dibuai mimpi..
9.30 pagi – Kami bertolak ke puncak Merapi.
10.00 pagi – Tiba di Kem Cadas(Bonsai)
10.45 pagi –Tiba di Puncak Merapi
Di Tugu Peringatan Abel
Dari Kiri : Pakoi, Kidin, Midin, Aku dan Umi
11.40 pagi – Tiba di Puncak Merpati
Di Puncak Merpati(2891meter)
1.30 ptg – Turun dari Merapi ke Tawer
7.30 mlm –Sampai di Tawer (Kaki Gunung)
10.30 – Samapi di Koto Baru, solat dan dinner (Guava Punch dengan Nasi Padang
19 Disember 2009 (Puncak Sigalang)
12.00 pagi - Bertolak ke kaki gunung Sigalang (Tawer juga name based camp nyer).Kami berjalan kaki selama sejam sebelum sampai ke tower.
1.00 pagi- Tiba di Tawer. Tidur.
9.45 pagi – Mendaki ke puncak Sigalang ‘freebody@tanpa bagpack’
2.00 ptg – Tiba di Kem Cadas Sigalang
Kem Cadas Sigalang Yg Memukau
3.30 ptg – Tiba di puncak sigalang
Danau Sigalang Disebalik Pohon Cadas
Puncak Sigalang (2877 meter)
Dari Kiri : Aku, Kidin, Hengky, Umi, Am, Donal
Depan Dr Kiri : Em dan Pakoi
4.30 ptg – Turun dari puncak.
7.15 ptg – Tiba di based camp “Tawer”
8.00 ptg – Kami bertolak ke rumah Am
20 Disember 2009 (Kampung Sg Pua dan Kampung Pandai Sikek)
Hari ini kami meluangkan masa ke Kampung Sungai Pua iaitu kampung halaman Hengky dimana kampong ini menghasilkan pedang dan parang untuk menentang Penjajah belanda satu masa dahulu.Kemudian ke Kampong Pandai Sikek dimana kampung ini mengeluarkan hasil tenunan dan kami kembali semula ke bukit tinggi untuk menaiki Bendi (Kereta Kuada) dan makan Satay Padang.Kami bermalam di rumah Am sebelum kami pulang ke Malaysia di hari berikutnya.
21 Disember 2009
8.30 – Pulang ke Malaysia
Trip MerSing kali ini pasti dirindukan. Harap dapat diteruskan dengan trip seterusnya,Xpdc ke Kerinchi pula ..InsyaAllah….Moga perjalanan kali ini member 1001 satu pengalaman berharga…Ameen….
,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Ekspedisi Merapi-Sigalang, Padang Indonesia 2009 (MerSing ‘09)"
Post a Comment