Diet Di Bulan Ramadhan


Tidak dinafikan di bulan Ramadhan produktiviti sebahagian dari kita amat rendah.Secara amnya ini disebabkan pengambilan makanan yang kurang tepat.Sebagai contoh, ada di antara kita yang mengabaikan sahur, dan berlebih-lebihan ketika berbuka.



Oleh itu diet yang sempurna amat diperlukan untuk kekal aktif dan produktif di bulan Ramadhan.

Menurut Dr Faruk Haffejee, diet di bulan Ramadhan tidak harus terlalu beza berbanding di bulan yang lain dan harus seringkas yang boleh.Ini adalah kerana kita hanya makan 2 kali sehari iaitu ketika bersahur dan berbuka. Pemakanan yg betul ketika sahur akan membekalkan kita tenaga yg secukupnya ketika berpuasa, dan pemakanan yg betul ketika berbuka akan memulihkan semula kandungan glukosa di dalam darah ketahap yang normal.

Beliau turut mencadangkan kita supaya mengambil makanan yang lambat dihadam seperti gandum, oat, barli, kekacang dan beras huma.Ini adalah kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi dan mengambil masa selama 8 jam untuk dihadamkan.Oleh itu kita akan berasa kenyang dan lebih bertenaga.

Untuk mengelak badan dari terhidrat di bulan Ramadhan, adalah disyorkan supaya kita minum 9 gelas air sejuk beransur-ansur antara waktu berbuka dan sahur.

Berikut adalah panduan pemakanan yang disyorkan di blan Ramadhan:
# Ambil makanan rendah glisemia (GI) ketika bersahur untuk membantu mengawal paras gula dengan memilih makanan lambat hadam yang membekalkan tenaga sehingga 8 jam.
# Makan karbohidrat secukupnya khususnya yang kaya dengan serat.
# Ingat untuk makanan buah-buahan dan sayuran.
# Minum air secukupnya - satu liter sehari.
# Elak ambil makanan kandungan gula tinggi seperti gula-gula, kuih atau minuman manis.
# Elak makanan terlalu pedas.
# Elak minuman berkafein - kafein adalah diuretik (menyebabkan kerap kencing).
# Kurangkan merokok.
# Ambil tambahan multivitamin lengkap dengan zat mineral untuk menjaga sistem imun dan tahap tenaga badan.

Makanan Yang Disyorkan Untuk Bersahur
;
# Bijirin oat atau gandum penuh, 1 hingga 2 hidangan dengan secawan susu.
# Makan 1 hingga 2 hidangan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Makanan Yang Disyorkan Berbuka Puasa;

# Badan kita memerlukan sumber tenaga cepat. Elakkan mengisi perut dengan makanan berkarbohidrat secara segera.
# Mula dengan kurma dan jus untuk meningkatkan paras glukosa darah kepada paras normal.

Apabila paras glukosa kembali normal, ambil makan daripada kumpulan makanan berikut :

# Daging/kacang
# Roti/bijirin/nasi
# Susu/yogurt
# Sayur-sayuran
# Buah-buahan
# Buah-buahan dan kacang boleh dimakan sebagai snek sebelum tidur.


"Kekal aktif di bulan Ramadhan, anda mampu melakukannya..!!"

0 Response to "Diet Di Bulan Ramadhan"

Post a Comment