Kisah Teladan Tentang Apa Makna Cinta

Ketika aku sedang memandu ke Presint 16 untuk menjemput adikku pulang ke rumah, aku mendengar kisah seorang ustaz bersama 4 orang anaknya di corong radio.


Ustaz ingin menguji diantara anaknya yang manakah lebih menyanyangi dan mencintainya.Lalu ustaz menguji setiap anaknya dari hari ke hari..




Pada hari pertama, ustaz balik dari kerja. Beliau menguji anak sulungnya yang tengah melayari internet...


"Kak Yong, minta bancuhkan secawan teh auntuk abah" arah Ustaz kepada anak sulungnya...


Lalu Kak Yong menjawab..."Sekejap abah, Kak Yong tengah layari FaceBook ni...sebentar lagi Kak Long bancuhkan ya..."...di benak Ustaz mengatakan anaknya membancuh teh untuknya kerana TERPAKSA mengikut arahannya.




Pada hari kedua, ustaz balik dari kerja.Beliau menguji anaknya yang kedua yang tengah membuat kerja sekolah..


"Abang Ngah, tolong bancuhkan secawan teh untuk abah.." minta Ustaz kepada anak keduanya..


Lalu Abang Ngah menjawab... "Baik abah, sebentar lagi angah bancuhkan"..dibenak hati Ustaz mengatakan anak dia TAAT ke atas perintahnya...




Pada hari ketiga beliau menguji pula anak ketiganya yang sedang bermain bola sepak dgn adik bongsunya.. "Abang Alang.. tolong bancuhkan teh abah sekarang..!" pinta Ustaz pada anak ketiganya..


Lantas jawab Abang Alang.."Baiklah abah.., Alang bancuhkan ..".. dibenak ustaz mengatakan anaknya berbuat demikian kerana TAKUT dengannya..




Pada Hari terakhir, Ustaz menguji anak bongsunya yang sedang menonton TV..."Adik...tolong buatkan ayah secawan teh..."


Lantas Adik membancuh air teh tanpa sebarang bantahan dan tanpa berlengah...adik menghulurkan secawan teh kepada ustaz...lantas memicit bahu ustaz yang baru pulang dari kerja...


Di benak ustaz mengatakan, Adik sayang dan cinta kepadanya kerana adik membuat sesuatu bukan kerana TERPAKSA dan TAKUT tetapi kerana TAATNYA dan CINTANYA kepada ustaz...


Adik taat kerana dia tidak membantah dan bergegas membuat apa yang diperintah ustaz.Adik memicit bahu ustaz kerana dia tahu abahnya penat dan menzahirkan rasa cintanya dengan membuat sesuatu lebih daripada apa yang dipinta ustaz..





Di sini dapat saya rumuskan, manusia mentaati perintah seseorang ketua dan perintah Tuhan kerana TERPAKSA, TAKUT,TAAT dan CINTA.





Dan manusia akan berbuat baik lebih dari apa yang dipinta jika dia CINTA akan seseorang... Begitu juga jika manusia cinta akan Tuhan dan Rasulnya..manusia itu akan sanggup berKORBAN MASA, HARTA, JIWA dan RAGA untuk Allah dan Rasulnya..Ini dapat dilihat pada diri para sahabat rasulullah S.A.W. yang terdahulu.


Sempena Ramadhan ini mari kita laksanakan ibadat kepada Allah S.W.T kerana rasa TAKUT, TAAT dan CINTA kita kepada Allah dan bukan kerana TERPAKSA..





Mari kita berpuasa, tarawih, dan qiamulail kerana rasa cinta kepada Allah.
Kita berpuasa bukan sekadar menahan nafsu lapar dan dahaga, tetapi menahan mata, telinga dan segala anggota badan daripada melakukan perkara yang lagha dan maksiat.
Kita tarawih bukan sekadar mengejar fadhilat, tetapi mengejar keredhaan Allah..
Dan kita Qiamulail kerana rasa Cinta dan Rindu kita kepada Allah S.W.T..


"Beribadat dan beramallah seperti Ramadhan kali ini adalah yang kali terakhir untuk kita.Moga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang terbaik untuk kita semua.."





Ameennn...

2 Response to "Kisah Teladan Tentang Apa Makna Cinta"

  1. Azrul_amigo says:
    August 15, 2010 at 3:00 AM

    i.allah~
    sama2 la kite berusaha mendapat keredhaan dr Allah S.W.t di bulan keberkatan ini..

  2. Ahmad Ammar Asri says:
    August 15, 2010 at 3:03 AM

    iAllah..ameennn...

Post a Comment