,
Dari kanan : Pakcik Yusuf, Fendi, Kidin, Khairul, Izaidi, Abe, Yahya, Jama, Aby, Ainun
Tarikh : 23-24 Oktober 2010
Tempat : Kinabalu Park, Kundasang
Peserta : 11 orang
Pakcik Yusuf, Jamahizan, Fendi, Kidin, Abe, Yahya, Zaidi, Khairul, Adibah, Ainol dan aku..
Alhamdulillah...
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadhirat Ilahi kerana trip Kinabalu Climbathon telah pun kami hadiri walaupun tiada seorang pun yang berjaya sampai ke puncak (Low's Peaks 4095meter).Syukur kerana semua diantara kami telah mendaki dan turun dari Kinabalu dengan selamat.1001 pengalaman yang kami kutip akan kami bawa untuk pendakian yang seterusnya..
Terima kasih yang tidaak terhingga kepada Pakcik Yusuf yang membekalkan kami dengan penginapan di Tuaran dan pengangkutan sepanjang perjalanan kami.Tidak dilupakan sahabat yang turut sama menyertai 24th Kinabalu International Climbathon kerana memberi sokongan.Moga kita dapat berjumpa di 25th Kinabalu Inter. Climbathon..!
Berikut adalah ringkasan daripada perjalanan kami..
21 Oktober 2010 (Khamis) Tiba di Kota Kinabalu
1.00 tghr - Berangkat dr LCCT,KLIA ke Terminal 2 KKIA
8.00 mlm - Berjumpa pakcik Yusuf di waterfront, KK makan malam di waterfront.(Menu Ikan Bara Bakar dan Sotong Goreng), Terima kasih Pakcik Yusuf sekali lagi kerana sponsor makan malam kami...
9.00 mlm - Membeli Cendera hati di Pasar Filipin.
Bergerak ke Tuaran untuk bermalam di rumah Makcik Saudara Yahya..
Tidur..
22 Oktober 2010 (Jumaat) Snorekeling di Pulau Manukan
9.00 pagi - Bergerak ke Jeti Jesselton, Snorkeling di Taman Laut Tunku Abdul Rahman (Pulau Manukan), kos RM20 seorang (bot $10, snorkel, $10)
2.30 ptg - Bergerak ke Kundasang...Perjalanan memakan masa selama 2 jam
4.00 ptg - Berhenti di Pekan Nabalu membeli buah tangan
5.00 ptg - sampai di kinabalu Park, register untuk 24th International Kinabalu Climbathon
6.00 ptg bergerak ke Homestay, Kundasang
Kinabalu dari Kundasang
8.00 mlm - Makan malam di restoran Al-Hidayah (note-"Sayap" sedap disini)
9.00 mlm - Pulang ke Homestay dan tidur
23 Oktober 2010 (Sabtu) Acara Climbathon untuk Veteran dan Wanita Terbuka
Route Climbathon
(Pendakian Terpantas 1jam 40minit)
7.30 pg - Flag Off
View Kinabalu yang cantik dari Kundasang
4.00 ptg - Bergerak ke Kolam Air Panas Poring..entrance fees klu tak silap dlm 3 rgt
6.00 ptg -Ke pekan Ranau, makan malam
8.00 mlm - Pulang Ke Kundasang
Pine Tree di Kundasang
24 Oktober 2010 (Ahad) Men Open
5.30 pg - bangun pagi dan bergerak ke Kinabalu Park
6.00 pg - naik van ke Timpohon Gate
7.00 pg - Flag Off
Kidin, Aku dan beberapa peserta lain berhampiran Gunting Lagadan
12.00 tghr- Semua sampai di Finishing Line
Route Kinabalu Climbathon pada kali ini ialah 21km
(=8km naik+8km turun+5km on road)
Sunset Sebelum Berangkat Ke Lapangan Terbang
October 31, 2010 at 3:08 AM
ish. A I N U N la ammar..huhu..n sedikit pembetulan; pekan ranau. not ranum :) after all, nice one. thanks! :)
October 31, 2010 at 3:11 AM
haha..thanks...kalut2....lupa nak check spelling...thanks ainun