Nick Vuijic Sayong

Assalamualaikum..
      
     Dah lama tak update blog ni.. Ilham nak kemaskini blog datang apabila hendak solat jemaah fardhu Zuhur di Masjid Al-Kauthar, Seksyen 4 Bangi. Selepas ikamat semasa merapatkan saf aku terpandang seorang insan istimewa di saf belakang. Dilahir tanpa kaki namun masih ada kedua-dua tangan. Takjub melihat saudara kita ini datang ke masjid untuk solat berjemaah. Beliau ialah abang Dasuki atau lebih dikenali sebagai "Dasuki Skate" yang berasal dari Sayong Kuala Kangsar.

     Terasa bersyukur melihat diri yang sempurna sifat. Ruginya kita yang sempurna tetapi tidak datang solat berjemaah. Terasa bagaikan diri ini seolah-olah cacat kerana tidak menggunakan nikmat Allah sebaik-baiknya. Namun akhirnya kita akan dipersoal oleh Allah di padang Mahsyar kelak akan dimanakah kita guna nikmat yang diberi?...Mata, adakah kita melihat benda yang Halal atau Haram?..Telinga, adakah kita mendengar perkara yang bermanfaat atau sekadar gosip?...Kaki, adakah kita  pergi ke tempat maksiat atau ke rumah Allah?

     Allah berfirman yang bermaksud, "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran" Surah AlAsr.

      Mereka yang beruntung adalah meraka yang beriman dan beramal solah. Mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.Harap pesanan ini boleh disampaikan pada saudara kita yang lain.

     Allah berfirman yang bermaksud, "Jika kamu bersyukur, Aku semestinya akan tambahkan lagi nikmat kepada kamu".
     
     Ringkasannya, qada Allah telah menentukan rezeki kita didunia dan di akhirat. Sebagai hamba, kita perlu bersyukur diatas segala nikmat yang diberi.Terutamanya nikmat yang kita selalu abaikan seperti nikmat tubuh badan, air , udara, masa , sihat, muda dan yang sekutu dengannya.

Allahualam..

0 Response to "Nick Vuijic Sayong"

Post a Comment