Antara Puncak Yellow-Pass dan "Ghoyatulqaswa"


     Alhamdulillah pada 19 Januari 2013(Sabtu) , sahabat-sahabat dari UIA Gombak, UIA Kuantan dan bekas mahasiswa UIA telah berjaya menakluki Puncak Yellow berketinggian dalam 1667 meter. Pendakian yang bermula pada jam 1.29 petang akhirnya berjaya menawan puncak Yellow pada 6.29 petang. Bukan ketinggian yang menjadi ukuran tetapi semangat setiakawan dalam berpasukan.

    Pendakian kali ini berbeza kerana ia mengajar mengenai "Goal Setting" yang telah diajar oleh Dr Rodrigue Fountaine @ Ridhwan Fountaine. Ya! kami berjaya menawan puncak..tetapi itu matlamat jangka masa pendek.Matlamat  hidup manusia lebih jauh dari semua itu.. Bukan sekadar untuk berjaya didalam pendidikan, kerjaya , dan kehidupan bahkan menjangkaui semua itu..Sebagai Muslim, matlamat hidup adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah supaya mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat.

    Pos ini sekadar untuk memberi peringatan kepada diri dan sahabat-sahabat yang membaca supaya dapat mengingatkan antara satu sama lain supaya tidak melengahkan solat apatah lagi meninggalkannya ketika sedang bermusafir. Menjaga lisan supaya tidak mengumpat, dan elakkan diri daripada bergosip tetapi gunakanlah lisan untuk mengajak kepada perkara yang baik ataupun berkongsi ilmu dan pengalaman. Menjaga mata daripada melihat sesuatu yang bukan "halal" bagi kita.

    Jadikanlah apa yang kita lihat sebagai melihat kebesaranNya dan keagunanNya. Apa yang kita tutur adalah sebagai zikir, dan mengajak sahabat yang lain untuk mengingatiNya.Jadikanlah setiap langkah kita ke puncak kejayaan sebagai langkah yang melaburkan saham kita untuk ke SyurgaNya kelak!! Moga apa yang kita lihat, apa yang kita dengar , apa yang kita tutur dan apa-apapun yang kita lakukan mendapat keredhaanNya.

    Sedikit renungan untuk diri dan sahabat yang singgah di blog yang serba ringkas ini..daripada saudara Nouman Ali Khan..

Watch "Tafsir Surah al-'Asr - Brief illustration by Nouman Ali Khan" on YouTube

    Jika ada kesilapan yang dilakukan secara sengaja atau tidak harap dimaafkan. Segala yang baik datang dari Allah dan yang lemah itu datang dari insan yang lemah ini..

0 Response to "Antara Puncak Yellow-Pass dan "Ghoyatulqaswa""

Post a Comment