Wal Asr (Demi Masa)

 


Sedikit peringatan pada diri sendiri yang selalu alpa dan rakan taulan...

Dua perkara yang manusia sering lupa ialah nikmat masa dan kesihatan. Bila cuti kerja,cuti sekolah ataupun cuti semester...kita sering bazirkan dengan begitu sahaja seperti tidur, main permainan konsol ataupun membuang masa dengan apa-apa perkara yang tak berfaedah...Kepada rakan-rakan yang akan bercuti.Mari kita rancang cuti kita dengan bijak supaya ia merupakan satu masa yang bermakna dan boleh dikenangkan.

Sepotong hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas RA dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah WAKTU SIHAT dan MASA LAPANG“. (Riwayat Bukhari).



Ingin aku ingatkan pada diri dan rakan sekalian..
Yang Tidak Boleh Dikejar Ialah Masa Yang Lepas yakni Semalam,
Esok Sudah Tidak Boleh Mengubah Apa Yang Berlaku Hari Ini, 
Tetapi Hari Ini Masih Boleh Mengubah Apa Yang Akan Terjadi Pada Hari Esok.


2 Response to "Wal Asr (Demi Masa)"

  1. Nuryn Weida says:
    April 14, 2011 at 7:20 AM

    Jadi,hargailah dan gunakan masa yang ada dengan sebaiknya.jangan dah terhantuk baru nak terngadah. tapi itu memang sifat manusia.sering alpa dan leka.sehingga mengabaikan masa yang begitu berharga tanpa sedar yang sebenarnya masa tidak akan sesekali menunggu kita.btw,thx for the reminder =)

  2. Ahmad Ammar Asri says:
    April 15, 2011 at 7:44 AM

    Baik nuryn..sedikit pringatan tuk diri sendiri jugak..hehe..
    sama2..

Post a Comment