Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar walillahilham.

Syukur pada Tuhan setelah sebulan berpuasa kini fajar Syawal menjelma.Kemenangan bagi mereka yang berjaya menjadikan Ramadhan sebagai Bulan Tarbiah,tarbiah sebagai persediaan diri untuk menghadapi 11 bulan berikutnya.... :)

Ke Kedai Tok Li Bawa 50 sen,
Salam Aidilfitri Minal Aidil Walfaizin..

hehe...pantun satu kerat....

Maaf jika ada terkasar bahasa, terguris perasaan, dan terlanjur perbuatan.
Maaf Zahir dan Batin.



Sedikit pengalaman berhari raya aku untuk dikongsi..hehe.. :)

Sedikit info...Kg halaman aku terletak di Padang Rengas,Kuala Kangsar.Di sinilah Kg halaman abah dan emak. Abah di Kampung Kroh Hulu, emak di Kampung Pondok. Disinilah tempat aku membesar dan bersekolah.Boleh dikatakan aku ni "Cucu Opah"....Biaselah..tinggal dengan Tok dan Opah di Kg. Pondok..Memang tiap2 kali raya terimbas memori lalu...


18/9(Jumaat) -
Aku bersama keluarga bertolak dari Putrajaya ke Kuala Kangsar.Kami Bertolak dalam pukul 10 malam untuk mengelak kesesakan, namun, sesak jugak di Rawang...Kami tiba di Perak dalam pukul 3 pagi.


19/9(Sabtu) -
Kebiasaan, sehari sebelum raya mesti sibuk,hari ni, lepas solat subuh je aku bersiap pergi ke pasar di Pekan Padang Rengas..beli daging kerbau...20 HENGGIT SIKOLO ..mahal dowh..beli 4 Kilo jadi RM80....Kemudian aku pergi pekan Kole Kangso dengan abah, Atiyah dan Adil beli barang masak untuk rumah terbuka di kampung.Kali ni memang berlainan, emak ingin masak steamboat sebagai hidangan untuk tetamu.emm...memang "rare"....aku layannnnn .. sume leh masuk perut...





Biasanye orang Kuala hidangkan "Laksa Kole", laksanya dibuat dari gandum dan bukan dari beras...memang sedappp....tapi keluarga aku nak buat spesel sikit....Kemudian kami pergi beli tikar tuk rumah nenek di Kg Kro Hulu.

Abah aku, Adil, Azzahra, Syakirah, Attiyah dan aku ke rumah nenek..."Operasi..!!". Ya.. tukar kapet, "adjust" ruang tamu dan bersih halaman.Rutin biasa bila nak sambut Aidilfitri.

Emak dan Yong pula masak Rendang Tok d Kg Pondok.

Malam Raya...Gembira ada sedih pun ada...Sedih meninggalkan Ramadhan, entah ya atau tidak aku akan berjumpa dengan Ramadhan di tahun depan.Gembira kerana berjaya mengharungi Ramadhan yang memberi 1001 pegajaran dan gembira sbab besok nak Raye..!!!

Malam ni aku ke rumah Tok Chik d Kg Kroh Hulu, amik lemang yang abah dan Atok Pondok pesan. Abah,Yong, Azahra, Asyakirah, Adil, Akim dan aku berbuka di eumah Tok Chik, ayam bakar, sup daging, mee bandung... orang kate "segan tak dapat", sume aku sebat... tapi naseb baik boleh kawal.Cuak gak aku kalau takleh kawal "appetite" luar biase aku nih...


20/9(Ahad) -
Pagi Raya...mmg sibuk...mak aku minta... "Amarrrr pegi beli ais" kedian toklak minta beli ais...huhu..pressure gak...tapi kena gak terima..huhu.....aku terlepas bersalaman dengan abah dan emak d awal pagi raya..Tapi takpe.. aku dapat salam selepas solat aidilfitri..

Kami Solat Aidilfitri di Kampung Kroh Hulu..Kali ni abah beri khutbah raya...Dari khutbah raya itu aku mendapat 4 kesimpulan pengajaran atau tarbiah dari bulan Ramadhan dan Syawal:

1) Segala amalan perlu dimulakan dengan niat kerana Allah (cth; puasa n solat

2) Ramadhan sebagai Bulan Tarbiah untuk persedian menghadapi 11 bulan seterusnya

3) Maksiat boleh ditundukkan dengan Zikir

4) Ziarah dan bermaaf-maafan mengeratkan silaturrahim

Selesai Solat Aidilfitri aku pergi ke rumah nenek di Kg Kroh Hulu, macam tahun lepas, raya pertama banyak dihabiskan di rumah tuk menyambut tetamu...Aku cuma sempat beraya di rumah Opah Wah je...tu pun sebab dia berjiran dengan Nenek...

Dpn dr kiri : Aku,Abah(Asr),Nenek(Sharifah),Pak Ngah(Azam),Ammar Asyraf

Blkg dr kiri : Akim,Firdaus,Adil

p/s banyak lg nak cite nanti ak smbg....camat ari raye...,aku baru nak blaja blogging, klu ada idea dan cadangan bolehlah komen kay...:) tq2....

0 Response to "Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin"

Post a Comment