Acara multisport sebegini memerlukan kekuatan mental dan fizikal,tapi yg paling penting ialah kekuatan mental.
2 minggu lagi aku dan member2 ARC akan ke Perhentian Island Challenge(PIC) '09
PIC pada tahun ini amat bermakna bagi aku.Hehe..aku ada simpan target tuk dapat TOP 30...Harap2lah cita2 aku kesampaian...
Pada tahun lepas, Saiful Azman(Abg Man), Zulhilmi(buble), Afifah(Kak Pah), Nadhirah(Nad), Abg An, Izzah, Afiq, dan aku mengambil bahagian dalam acara ini...Antara kami telah pun memuat persediaan dan latihan ringan spt berenang di Teluk Chempedak dan joging di Taman Bandar sebelum ke PIC 2008.
Alhamdulillah, hasilnya memberangsangkan.3 rakan kita mendapat kedudukan. Nad ditempat ke 6, Kak Pah ditempat ke 9 dan Buble ditempat ke 19.Huhu..Aku yg tak dpt placing pun tumpang bangga...Aku mengharapkan PIC tahun ini adalah yg terbaek..Dan harap dapat memperbaiki kedudukan.Kpd rakan2 yg akan ke PIC 2009..Kita letak target kita sesuai dengan kemampuan masing2..Yg penting pada aku kita letak target sekurang2nya menghabiskan larian.."Placing" atau cash prize adalah bonus.
Aku teringat 1 announcement dari komentator semasa PIC 2008..."There is 1st tudung ladies who is 6th in position, Nik Nadhirah reach at finishing line".Aku berasa bangga dengan Nad...haha...yelah..Dia perempuan tudung pertama sampai finishing line..Pastu dapat "placing" plak.Kak Pah pulak perempuan bertudung yang kedua.Aku harap team UIA kali ini akan membawa lebih bebih bnyak kejayaan dlm PIC.Kita buktikan wanita bertudung juga ada semangat bersaing.
Selepas selesai acara PIC 2008, kita berpakat untuk pergi snorkeling...tak silap aku sorang cume bayar RM12++ gitu,dahlah murah dan snorkeling spot dia pun tak mengecewakan.Kami sempat snorkeling di coral spot, belimbing turtle spot dan jerung snorkeling spot pun ade. Memang "heaven" dan aku sempat pegang penyu lagi bila gi snorkeling..Seriesss Best..kedian penyu tu tarik aku...wuuuuuuhuu.
Bagi Aku PIC ni memang berbaloi...
Klu anda ke PIC jangan lupa 2 perkara ni
1) Snorkeling
2) Bawa duet lebih..shopping...!!
dan Fakta Tentang Pulau Perhentian..
1) Ada 2 pulau( Perhentian Besar dan Perhentian Kecil)
2) Ada dua "Windmill" di puncak Pulau Perhentian Kecil
3) Jeti ke Perhentian ialah Jeti Kuala Besut
4) Pulau Besar khas untuk perlancongan
5) Pulau Kecil ialah kawasan penempatan penduduk tempatan dan nelayan
Pecayalah...selepas anda akan datang semula untuk PIC seterusnya... :).. (promo PIC)Kepada semua peserta PIC 2009, aku ucapkan SELAMAT BERJAYA dan GIVE THE BEST 4 URSELVES.. :)