,
Kini sudah genap 26 tahun selepas hari kelahiranku. Dulu kita hanya sebesar dua tapak tangan ibu, sentiasa diberi perhatian, dibelai dan dimanja.. kini kita sudah dewasa dan mampu berdikari..Tidak akan kita seperti hari ini tanpa pengorbanan dan jerih payah ibu yang melahirkan, mengasuh, mendidik dan membentuk sehingga sepertimana kita hari ini.
Selamat Hari Ibu kepada emak, Khobibah Aini Jamaludin, Opah Rashidah Ngah Rashid dan Nenek Sheripah Kulop talib, bagiku setiap hari adalah hari ibu!..
Hari demi hari kita menatap wajah ibu yang dulunya iras adik-beradik kita dan makin beransur iras opah dan atok.Kita sedari kita tidak selamanya didunia, umur kita semakin berkurang.Selagi kita masih diberi nikmat kesihatan, umur dan masa marilah kita cuba mengambil hati ibu walaupun dengan pulang ke rumah walaupun sejenak atau enghubungi walaupun sekejap.
Ingatkah kita dahulunya, betapa kecilnya kita, segenggam tangan kita hanya baru mampu memegang ibu jari ibu .Sekarang kita telah dewasa, ada yang dimenara gading,ada yang berkerjaya dan ada yang telah berjaya.
Terima Kasih Mak kerana telah memberi semangat kepadaku tanpa jemu semenjak ini supaya aku terus sukses dalam hidup dan mencari jodoh yang solehah..Aminn..InsyaAllah aku akan usahakan yang terbaik kerana aku tahu kejayaan itu mampu memberi sedikit kelegaan dan mengukir sedikit senyuman dibibirmu selepas membesarkanku selama 26 tahun.
"Waridhollah fi waridho walidainnn"..aw kamaqal
Dan keredhaan Allah terletak pada keredhaan kedua Ibu Bapa
Nasihat kepada diri saya dan adik-adik, cubalah dapatkan keredhaan ibu dengan mengambil hati mereka. Zaman sekarang tidak susah, ada internet dan ada servis pengangkutan yang murah.
Jenguk dan hubungilah ibu bapa walaupun sejenak. InsyaAllah besar nilainya bagi ibu.
0
comments