Perhentian Island Challegenge 2009


Tarikh : 9-11 October 2009
Lokasi : Pulau Perhentian Kecil
Elit : Larian 10.4Km dan renang 600m
Novis : Larian 6.5Km

Peserta : Zul(PIC), Abg Man, Afiq, Zaffar, Faizan, Zack ,Amin Samil, Syahid, Shahir, Bazli, Adli , Amir, Abe, Bad, Kak Pah, Aliaa, Jiah, Fizah, Ili ,Nad,faiza, Kidin, Kalil, Abe (Gombak), Aishah dan Amar.




Di hadapan kedai souvenier


**9 October (UIA Kuantan –Jeti Kuala Besut)**

Kami bertolak dari Kuantan pada Jam 6.30 pagi, perjalanan mengambil masa 5 jam untuk ke jeti. Kami daftar di Bubu Resort dan “Branch ” di Jeti. Kami "branch" dengan nasi dagang dan nasi lemak. Banyak nasi lebih..Pantang lihat nasi lebih..Ada yg makan 2 3 kali…Boleh diterima atas alasan nak compete besoknya…

Kami solat Jumaat di masjid berhampiran jeti. Kami bertolak ke Perhentian pada jam 4.00 petang. Perjalanan menaiki bot laju mengambil masa 30-40 minit dan feri mengambil masa 45-60 minit. Air laut Perhentian yang biru dan jernih memang menggamit kami untuk terjun dan mandi…apa lagi…?Kami ambil peluang untuk mandi sementara menunggu briefing session dari penganjur…Kami sempat buat acara terjunan beramai-ramai lagi…haha..memang “Mandapat”….


Pantai Perhentian Yang Jernih dan Membiru


Malamnya…kami diberikan kemah untuk tidur…Tetapi, aku dan beberapa rakan lain tidur di luar..tidur bawah bintang…beralaskan rubber mate..Memang layan dengan angin bayu laut…seperti air cond semula jadi, biarpun hujan renyai..aku tak berganjak dari rubber mate aku.


**10 October (Challenge dan Snorkelling Trip)**

Acara Elit bermula dari pukul 10 pagi dan Novis pada pukul 10.15 pagi. Pada mulanya aku sangkakan acara elit sahaja yang suffer, acara novis pun tak kurang hebatnya, larian sejauh 6.5 klometer merentasi pantai, mendaki bukit dan meredah hutan. Memang mencabar mental dan fizikal.

Tahniah kepada Aishah, Nad dan Abe(Gombak) yang masing2 di tempat 8 , 9 dan 10.


Starting Line

Pada waktu petangnya, kami bersepakat snorkeling. Memang berbaloi, kami sempat melihat penyu, jerung dan karangan laut…Memang cantik walaupun masanya agak singkat. Berbaloi dengan bayaran RM30 yang dikenakan.

Pada waktu malamnya, majlis penutupan berlangsung..sedikit persembahan kebudayaaan diadakan dan dimeriahkan dengan pertunjukan bunga berapi selama 15 minit..Memang cantik sekali.

Di penghujung majlis, kami menikmati n

asi dan bihun beserta dengan ayam, daging dan ikan bakar..Memang menyelerakan…


**11 October (Beach Cleaning dan Ke Rumah amin Idris)**

Pagi ini, kami mengemas dan membersih pantai sebelum pulang.Kami bertolak pulang awal pada pukul 11 tengah hari. Sampai di jeti, kami menaiki bas tambang ke rumah Amin Idris. Memang mewah, kami dijamu dengan nasi dagang , kuih limas(pelita)dan pisang goreng… kemudian kami dibawa Amin untuk Tour disekeliling rumanya. Kami sempat ke halaman taman rumahnya, memang luas dan dan cantik.

Di Rumah Amin Idris


Sementara menunggu bas UIA untuk membawa kami pulang, kami beristirehat di rumah Amin. Bas kami sampai disana pada pukul 5. Kami tiba di Uia dalam pukul 11 malam.

Tahniah kapada Zul kerana berjaya membawa team ARC ke PIC2009. Aku merasakan Team ARC telah memberi yang terbaik memandangkan semua ahli berjaya menghabiskan larian untuk Perhentian Island Chalenge 2009.

Tahniah kepada Team ARC…!!!

Kita Telah Kalah Apabila Kita Lari Dari Cabaran, Tetapi Kita Akan Menang Apabila Kita Cuba Mengaharungi Cabaran”.


Senja Di Perhentian

..Moga Berjumpa Di PIC2010..

*Untuk melihat gambar-gambar dan video PIC2009 sila ke AmrAsr Flickr dan Album Facebook