Syaaban

“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. 


“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.



Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
 Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Bertaubat
 Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Ujian

Kita tak dapat lari daripada ujian Allah, kerana dengan ujian itulah iman akan teruji. 'Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata 'kami beriman' sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian) surah al -Ankabut:2. Allah baru sahaja MENCUBIT kita sedikit, jika dibandingkan dgn nikmat kurniaaNya yang melangit luas.Jangan cepat melatah.Disinilah kebergantungan kita kpd Allah sgt diperlukan..

Sekiranya kamu menghitung nikmatNya, nescaya tidak dapat menghitungnya



Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam pernah menceritakan (artinya): 

“Ada tiga orang dari Bani Israil menderita penyakit belang, botak, dan buta. Allah hendak menguji mereka, maka Allah pun utus kepada mereka Malaikat.

Malaikat itu datang kepada si belang dan bertanya: Apakah yang paling kamu dambakan? Si belang menjawab: Saya mendambakan paras yang tampan dan kulit yang bagus serta hilang penyakit yang menjadikan orang-orang jijik kepadaku. Malaikat itu pun mengusap si belang, maka hilanglah penyakit yang menjijikkannya itu, bahkan ia diberi paras yang tampan. Malaikat itu bertanya lagi: Harta apakah yang paling kamu senangi? Si belang menjawab: Unta. Kemudian ia diberi unta yang bunting sepuluh bulan. Dan malaikat tadi berkata: Semoga Allah memberi barakah atas apa yang kamu dapatkan ini.

Kemudian Malaikat itu datang kepada si botak dan bertanya: Apakah yang paling kamu dambakan? Si botak menjawab: Saya mendambakan rambut yang bagus dan hilangnya penyakit yang menjadikan orang-orang jijik kepadaku ini. Malaikat itu pun mengusap si botak, maka hilanglah penyakitnya itu, serta diberilah ia rambut yang bagus. Malaikat itu bertanya lagi: Harta apakah yang paling kamu senangi? Si botak menjawab: Sapi. Kemudian ia diberi sapi yang bunting. Dan malaikat tadi berkata: Semoga Allah memberi barakah atas apa yang kamu dapatkan ini.

Kemudian Malaikat itu datang kepada si buta dan bertanya: Apakah yang paling kamu dambakan? Si buta menjawab: Saya mendambakan agar Allah mengembalikan penglihatanku sehingga aku dapat melihat. Malaikat itu pun mengusap si buta, dan Allah mengembalikan penglihatannya. Malaikat itu bertanya lagi: Harta apakah yang paling kamu senangi? Si buta menjawab: Kambing. Kemudian ia diberi kambing yang bunting.

Selang beberapa waktu kemudian, unta, sapi, dan kambing tersebut berkembang biak yang akhirnya si belang tadi memiliki unta yang memenuhi suatu lembah, demikian juga dengan si botak dan si buta, masing-masing memiliki sapi dan kambing yang memenuhi suatu lembah.

Kemudian Malaikat tadi datang kepada si belang dengan menyerupai orang yang berpenyakit belang seperti keadaan si belang waktu itu, dan berkata: Saya adalah orang miskin yang kehabisan bekal di tengah perjalanan. Sampai hari ini tidak ada yang mau memberi pertolongan kecuali Allah kemudian engkau. Saya meminta kepadamu -dengan menyebut Dzat Yang telah memberi engkau paras yang tampan dan kulit yang bagus serta harta kekayaan- seekor unta untuk bekal dalam perjalanan saya. Si belang berkata: Hak-hak yang harus saya berikan masih banyak.

Malaikat itu berkata: Kalau tidak salah saya sudah mengenalimu. Bukankah kamu dahulu orang yang berpenyakit belang sehingga orang lain merasa jijik kepadamu? Bukankah kamu dahulu orang yang miskin kemudian Allah memberi kekayaan kepadamu? Si belang berkata: Harta kekayaanku ini adalah warisan dari nenek moyangku. Malaikat itu berkata: Jika kamu berdusta, semoga Allah mengembalikanmu seperti keadaan semula.
Kemudian Malaikat itu datang kepada si botak seperti keadaan si botak waktu itu. Dan berkata kepadanya seperti apa yang dikatakan kepada si belang. Si botak juga menjawab seperti jawaban si belang tadi. Kemudian Malaikat tadi berkata: Jika kamu berdusta, semoga Allah ? mengembalikanmu seperti keadaan semula.


Kemudian Malaikat tadi mendatangi si buta dengan menyerupai orang buta seperti keadaan si buta waktu itu dan berkata: Saya adalah orang miskin yang kehabisan bekal di tengah perjalanan. Sampai hari ini tidak ada yang mau memberi pertolongan kecuali Allah ? kemudian engkau. Saya meminta kepadamu -dengan menyebut Dzat Yang telah mengembalikan penglihatanmu- seekor kambing untuk bekal dalam perjalanan saya. Si buta berkata: Saya dahulu adalah orang yang buta kemudian Allah mengembalikan penglihatan saya. Maka ambillah apa yang kamu inginkan dan tinggalkanlah apa yang tidak kamu senangi. Demi Allah, sekarang saya tidak akan memberatkan sesuatu kepadamu yang kamu ambil karena Allah Yang Maha Mulia. Malaikat itu berkata: Peliharalah harta kekayaanmu, sebenarnya kamu itu diuji dan Allah telah ridha kepadamu dan murka kepada kedua temanmu (si belang dan si botak).”
(Bukhari dan Muslim)



Antara Nikmat yg selalu kita kufuri..renung-renungkan..


Air




Udara


Masa

Sekadar peringatan pada diri sendiri yang leka :)

Wal Asr (Demi Masa)

 


Sedikit peringatan pada diri sendiri yang selalu alpa dan rakan taulan...

Dua perkara yang manusia sering lupa ialah nikmat masa dan kesihatan. Bila cuti kerja,cuti sekolah ataupun cuti semester...kita sering bazirkan dengan begitu sahaja seperti tidur, main permainan konsol ataupun membuang masa dengan apa-apa perkara yang tak berfaedah...Kepada rakan-rakan yang akan bercuti.Mari kita rancang cuti kita dengan bijak supaya ia merupakan satu masa yang bermakna dan boleh dikenangkan.

Sepotong hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas RA dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah WAKTU SIHAT dan MASA LAPANG“. (Riwayat Bukhari).



Ingin aku ingatkan pada diri dan rakan sekalian..
Yang Tidak Boleh Dikejar Ialah Masa Yang Lepas yakni Semalam,
Esok Sudah Tidak Boleh Mengubah Apa Yang Berlaku Hari Ini, 
Tetapi Hari Ini Masih Boleh Mengubah Apa Yang Akan Terjadi Pada Hari Esok.


Syukur



"Kadang-kadang Allah sembuyikan matahari, 
dia datangkan petir dan kilat, 
kita tertanya-tanya kabarnya hilang matahari, 
rupa-rupanya Allah memberikan kita pelangi.."

Mutiara Kata



”My heart is so small
it’s almost invisible.
How can You place
such big sorrows in it?
“Look,” He answered,
…”Your eyes are even smaller,
yet they behold the world.”
Jalaluddin al-Rumi [from 'Whispers of the Beloved'] 

24th Kinabalu International Climbathon

Dari kanan : Pakcik Yusuf, Fendi, Kidin, Khairul, Izaidi, Abe, Yahya, Jama, Aby, Ainun


Tarikh : 23-24 Oktober 2010
Tempat : Kinabalu Park, Kundasang
Peserta : 11 orang
Pakcik Yusuf, Jamahizan, Fendi, Kidin, Abe, Yahya, Zaidi, Khairul, Adibah, Ainol dan aku..


Alhamdulillah...
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadhirat Ilahi kerana trip Kinabalu Climbathon telah pun kami hadiri walaupun tiada seorang pun yang berjaya sampai ke puncak (Low's Peaks 4095meter).Syukur kerana semua diantara kami telah mendaki dan turun dari Kinabalu dengan selamat.1001 pengalaman yang kami kutip akan kami bawa untuk pendakian yang seterusnya..



Terima kasih yang tidaak terhingga kepada Pakcik Yusuf yang membekalkan kami dengan penginapan di Tuaran dan pengangkutan sepanjang perjalanan kami.Tidak dilupakan sahabat yang turut sama menyertai 24th Kinabalu International Climbathon kerana memberi sokongan.Moga kita dapat berjumpa di 25th Kinabalu Inter. Climbathon..!

Berikut adalah ringkasan daripada perjalanan kami..

21 Oktober 2010 (Khamis) Tiba di Kota Kinabalu
1.00 tghr  - Berangkat dr LCCT,KLIA ke Terminal 2 KKIA
8.00 mlm - Berjumpa pakcik Yusuf di waterfront, KK makan malam di waterfront.(Menu Ikan Bara Bakar dan Sotong Goreng), Terima kasih Pakcik Yusuf sekali lagi kerana sponsor makan malam kami...
9.00 mlm - Membeli Cendera hati di Pasar Filipin.
Bergerak ke Tuaran untuk bermalam di rumah Makcik Saudara Yahya..
Tidur..

22 Oktober 2010 (Jumaat) Snorekeling di Pulau Manukan
9.00 pagi - Bergerak ke Jeti Jesselton, Snorkeling di Taman Laut Tunku Abdul Rahman (Pulau Manukan), kos RM20 seorang (bot $10, snorkel, $10)
2.30 ptg - Bergerak ke Kundasang...Perjalanan memakan masa selama 2 jam
4.00 ptg - Berhenti di Pekan Nabalu membeli buah tangan
5.00 ptg - sampai di kinabalu Park, register untuk 24th International Kinabalu Climbathon
6.00 ptg bergerak ke Homestay, Kundasang

Kinabalu dari Kundasang

8.00 mlm - Makan malam di restoran Al-Hidayah (note-"Sayap" sedap disini)
9.00 mlm - Pulang ke Homestay dan tidur

23 Oktober 2010 (Sabtu) Acara Climbathon untuk Veteran dan Wanita Terbuka

Route Climbathon
(Pendakian Terpantas 1jam 40minit)

6.00 pg - Pakcik Yusuf,Yahya,Jama, Adibah dan Ainol bergerak ke Kinabalu Parks
7.30 pg - Flag Off

View Kinabalu yang cantik dari Kundasang

3.00 ptg - Semua peserta selamat sampai. Makan2 di restoran yang bertentangan Kinabalu Parks..(Menu Ayam dan daging masam manis, alhamdulillah restoran ni menepati citarasa kami..hee)
4.00 ptg - Bergerak ke Kolam Air Panas Poring..entrance fees klu tak silap dlm 3 rgt
6.00 ptg -Ke pekan Ranau, makan malam
8.00 mlm - Pulang Ke Kundasang


Pine Tree di Kundasang

24 Oktober 2010 (Ahad) Men Open

5.30 pg - bangun pagi dan bergerak ke Kinabalu Park
6.00 pg - naik van ke Timpohon Gate
7.00 pg - Flag Off
Kidin, Aku dan beberapa peserta lain berhampiran Gunting Lagadan

12.00 tghr- Semua sampai di Finishing Line

Route Kinabalu Climbathon pada kali ini ialah 21km
(=8km naik+8km turun+5km on road)

Sunset Sebelum Berangkat Ke Lapangan Terbang