Diet Di Bulan Ramadhan


Tidak dinafikan di bulan Ramadhan produktiviti sebahagian dari kita amat rendah.Secara amnya ini disebabkan pengambilan makanan yang kurang tepat.Sebagai contoh, ada di antara kita yang mengabaikan sahur, dan berlebih-lebihan ketika berbuka.



Oleh itu diet yang sempurna amat diperlukan untuk kekal aktif dan produktif di bulan Ramadhan.

Menurut Dr Faruk Haffejee, diet di bulan Ramadhan tidak harus terlalu beza berbanding di bulan yang lain dan harus seringkas yang boleh.Ini adalah kerana kita hanya makan 2 kali sehari iaitu ketika bersahur dan berbuka. Pemakanan yg betul ketika sahur akan membekalkan kita tenaga yg secukupnya ketika berpuasa, dan pemakanan yg betul ketika berbuka akan memulihkan semula kandungan glukosa di dalam darah ketahap yang normal.

Beliau turut mencadangkan kita supaya mengambil makanan yang lambat dihadam seperti gandum, oat, barli, kekacang dan beras huma.Ini adalah kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi dan mengambil masa selama 8 jam untuk dihadamkan.Oleh itu kita akan berasa kenyang dan lebih bertenaga.

Untuk mengelak badan dari terhidrat di bulan Ramadhan, adalah disyorkan supaya kita minum 9 gelas air sejuk beransur-ansur antara waktu berbuka dan sahur.

Berikut adalah panduan pemakanan yang disyorkan di blan Ramadhan:
# Ambil makanan rendah glisemia (GI) ketika bersahur untuk membantu mengawal paras gula dengan memilih makanan lambat hadam yang membekalkan tenaga sehingga 8 jam.
# Makan karbohidrat secukupnya khususnya yang kaya dengan serat.
# Ingat untuk makanan buah-buahan dan sayuran.
# Minum air secukupnya - satu liter sehari.
# Elak ambil makanan kandungan gula tinggi seperti gula-gula, kuih atau minuman manis.
# Elak makanan terlalu pedas.
# Elak minuman berkafein - kafein adalah diuretik (menyebabkan kerap kencing).
# Kurangkan merokok.
# Ambil tambahan multivitamin lengkap dengan zat mineral untuk menjaga sistem imun dan tahap tenaga badan.

Makanan Yang Disyorkan Untuk Bersahur
;
# Bijirin oat atau gandum penuh, 1 hingga 2 hidangan dengan secawan susu.
# Makan 1 hingga 2 hidangan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Makanan Yang Disyorkan Berbuka Puasa;

# Badan kita memerlukan sumber tenaga cepat. Elakkan mengisi perut dengan makanan berkarbohidrat secara segera.
# Mula dengan kurma dan jus untuk meningkatkan paras glukosa darah kepada paras normal.

Apabila paras glukosa kembali normal, ambil makan daripada kumpulan makanan berikut :

# Daging/kacang
# Roti/bijirin/nasi
# Susu/yogurt
# Sayur-sayuran
# Buah-buahan
# Buah-buahan dan kacang boleh dimakan sebagai snek sebelum tidur.


"Kekal aktif di bulan Ramadhan, anda mampu melakukannya..!!"

Ahlan Ya Ramadhan



Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."







Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"


Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.


Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."






Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua kenalan dan sahabat handai,Semoga Ramadhan tahun Ini diberi pengisian dan lebih bermakna...

Sedikit Renungan - Nisfu Sya'aban



Sabda Rasulullah S.A.W., "Barangsiapa menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban. Maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu."

Dalam pada itu bagi mendapat keberkatan Syaaban, adalah dituntut menunaikan sembahyang sunat dua rakaat pada malam Nisfu Syaaban iaitu malam yang ke-15 pada bulan Syaaban. Sembahyang sunat ini dilakukan selepas menunaikan solat fardhu Maghrib dan selepas sembahyang sunat Ba'diyah dengan membaca surah "Qul yayyuhal Kafirun.." pada rakaat pertama dan surah "Qul huwallahu ahad.." pada rakaat terakhir. Selepas selesai sembahyang sunat Nisfu Syaaban disunatkan juga membaca surah Yaasin dan memohon doa dilanjutkan usia, kekuatan untuk beribadat serta memohon ketetapan iman.


Moga kita dapat meluangkan sedikit masa kita untuk mengingatiNya agar diberi perlindungan dan hidayah.Ameen...

Adventure Gear







Dry Bag Pack Eiger


Capacity (20ltr & 25ltr)
Warna
*20 ltr: Navy Grey, Maroon & Striking Red
**25 ltr: Light Blue
Harga
*20 ltr =RM125
**25 ltr=RM150
Sesuai digunkan untuk aktiviti SUKAN AIR dan KEMBARA




Depan


Belakang

Jika berminat sila hubungi saya(013-9462855)
Untuk tempahan sila isikan maklumat anda dalam google doument berikut dan "click SAVE NOW":

Order Dry Bag Pack Eiger.googledoc

Chamah(2171m) Ulu Sepat(2167m)

Trans Chamah Ulusepat
(3-11 Julai 2010)

3 Julai(Sabtu)- Bertolak dari KL sentral Ke Gua Musang

4 Julai (Ahad)

Zaidi-Fendi-Jama-Yahye-Din-Jepah-Abe-Suhaib-Muadz- Ustaz Syarip-Arep-Syamil-Fathi-Kamilan-Amir-Amin-Noni-Anis-Kak Pah-Nadea-Nad-Azkey-Abi-Aku

Larian 15Km Klang- "Road Run Ter-Suffer" (10 Januari 2010)


Runner, Set Up , Go!!..
Ungkapan yang menderaukan arteri dan vena aku...Pagi Ahad,
Aku, Yaye, Nad, Khalel, Abe dan Kidin memulakan larian."Route" untuk larian ini agak sukar kerana ia merangkumi jalan ladang kelapa sawit dan berbukit-bukit.Secara keseluruhan ada 20 anak bukit yang mesti dilalui.

Berikut adalah kedudukan kami ....
15km Men Open
Aku 44
Kidin 50
Abe 55
Kalel 60
Yaye 100

15km Women Open
Nad 25

Sebahagian dari gambar yang sempat dirakam...

Pagi Sebelum Larian..

Dengan Gaya Masing-masing Selepas Larian (Dari Kanan : Kidin , Aku, Kalel, Nad dan Abe)


Kidin


Nad


Yaye

Putrajaya Night Marathon "Suffer Tapi Mau Lagi" 6 Februari 2010


Aku, Zul Bubble, Nad ,Abe , Yaye dan Kidin berkumpul di Palace of Justice (Istana Keadilan) pada jam 5 petang.Suasana petang ketika ini agak nyaman selepas hujan lewat pukul 4 tadi...Kami menunaikan solat di Iron Mosque (Masjid Besi) yang bertetangan dengan Palace of Justice.

Tepat jam 8.00 malam, acara marathon penuh dilepaskan(flag off).Disaat ini aku mencipta rekod peribadi untukmenyertai acara larian 42 km. Di awal larian aku berada di antara Abe dan Kidin.Aku memperlahankan larian kerana aku tidak membuat persediaan secukupnya untuk maraton.

2 perkara yang aku belajar dalam acara ini.Pertama... berlari dalam kumpulan seperti runner dari Kenya dan UPNM.Kedua , sentiasa mengambil rentak runner yg lebih laju sedikit daripada kita.Kedua-dua cara ini boleh meningkatkan kelajuan larian dan menjimatkan tenaga...

Acara Full Marathon (42km) disertai Aku,Abe dan Kidin Half Marathon disertai Yaye, Bubble dan Nad 7km Run disertai Pokke

Berikut adalah kedudukan dan catatan masa larian kami....


Half Maraton (21km)
No Bip Nama OfficialTime

292 F5963 YAHYA BIN YUSOF 02:24:56
459 F5962 MUHAMMAD ZULHILMI BIN MOHD GHOUSE 02:38:49

155 G6181 NIK NADIRAH NIK AZIS MALAYSIAN 03:10:33


Full Maraton (42km)

150 A0234 AHMAD AMMAR BIN MUHD ASRI 05:07:15
166 A0023 ABDUL HADI NIK MOHD HASYUDEEN MALAYSIAN 05:15:24
223 A0024 MUHAMMAD KHAIRUDMBDIN BIN YAHYA MALAYSIAN 05:38:00


Sebahagian daripada gambar sekitar larian....


Berkumpul Di "Iron Mosque"

Jambatan Wawasan (termasuk dlm route maraton)


Aku menghampiri garisan penamat


Abe menghampiri garisan penamat.


Finisher Medal Full Marathon.


All finisher dari kanan : Nad(21km), Kidin (42km), Yahya (21km), Abe (42km) dan aku(42km)

Sedikit Renungan: "Sejauh mana kita berlari namun kita tak akan dapat mengejar apa yang berlalu "