Alhamdulillah pada 19 Januari 2013(Sabtu) , sahabat-sahabat dari UIA Gombak, UIA Kuantan dan bekas mahasiswa UIA telah berjaya menakluki Puncak Yellow berketinggian dalam 1667 meter. Pendakian yang bermula pada jam 1.29 petang akhirnya berjaya menawan puncak Yellow pada 6.29 petang. Bukan ketinggian yang menjadi ukuran tetapi semangat setiakawan dalam berpasukan.
Pendakian kali ini berbeza kerana ia mengajar mengenai "Goal Setting" yang telah diajar oleh Dr Rodrigue Fountaine @ Ridhwan Fountaine. Ya! kami berjaya menawan puncak..tetapi itu matlamat jangka masa pendek.Matlamat hidup manusia lebih jauh dari semua itu.. Bukan sekadar untuk berjaya didalam pendidikan, kerjaya , dan kehidupan bahkan menjangkaui semua itu..Sebagai Muslim, matlamat hidup adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah supaya mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat.
Pos ini sekadar untuk memberi peringatan kepada diri dan sahabat-sahabat yang membaca supaya dapat mengingatkan antara satu sama lain supaya tidak melengahkan solat apatah lagi meninggalkannya ketika sedang bermusafir. Menjaga lisan supaya tidak mengumpat, dan elakkan diri daripada bergosip tetapi gunakanlah lisan untuk mengajak kepada perkara yang baik ataupun berkongsi ilmu dan pengalaman. Menjaga mata daripada melihat sesuatu yang bukan "halal" bagi kita.
Jadikanlah apa yang kita lihat sebagai melihat kebesaranNya dan keagunanNya. Apa yang kita tutur adalah sebagai zikir, dan mengajak sahabat yang lain untuk mengingatiNya.Jadikanlah setiap langkah kita ke puncak kejayaan sebagai langkah yang melaburkan saham kita untuk ke SyurgaNya kelak!! Moga apa yang kita lihat, apa yang kita dengar , apa yang kita tutur dan apa-apapun yang kita lakukan mendapat keredhaanNya.
Sedikit renungan untuk diri dan sahabat yang singgah di blog yang serba ringkas ini..daripada saudara Nouman Ali Khan..
Watch "Tafsir Surah al-'Asr - Brief illustration by Nouman Ali Khan" on YouTube
Jika ada kesilapan yang dilakukan secara sengaja atau tidak harap dimaafkan. Segala yang baik datang dari Allah dan yang lemah itu datang dari insan yang lemah ini..
Assalamualaikum..
Dah lama tak update blog ni.. Ilham nak kemaskini blog datang apabila hendak solat jemaah fardhu Zuhur di Masjid Al-Kauthar, Seksyen 4 Bangi. Selepas ikamat semasa merapatkan saf aku terpandang seorang insan istimewa di saf belakang. Dilahir tanpa kaki namun masih ada kedua-dua tangan. Takjub melihat saudara kita ini datang ke masjid untuk solat berjemaah. Beliau ialah abang Dasuki atau lebih dikenali sebagai "Dasuki Skate" yang berasal dari Sayong Kuala Kangsar.
Terasa bersyukur melihat diri yang sempurna sifat. Ruginya kita yang sempurna tetapi tidak datang solat berjemaah. Terasa bagaikan diri ini seolah-olah cacat kerana tidak menggunakan nikmat Allah sebaik-baiknya. Namun akhirnya kita akan dipersoal oleh Allah di padang Mahsyar kelak akan dimanakah kita guna nikmat yang diberi?...Mata, adakah kita melihat benda yang Halal atau Haram?..Telinga, adakah kita mendengar perkara yang bermanfaat atau sekadar gosip?...Kaki, adakah kita pergi ke tempat maksiat atau ke rumah Allah?
Allah berfirman yang bermaksud, "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu berada didalam kerugian, kecuali mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran" Surah AlAsr.
Mereka yang beruntung adalah meraka yang beriman dan beramal solah. Mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.Harap pesanan ini boleh disampaikan pada saudara kita yang lain.
Allah berfirman yang bermaksud, "Jika kamu bersyukur, Aku semestinya akan tambahkan lagi nikmat kepada kamu".
Ringkasannya, qada Allah telah menentukan rezeki kita didunia dan di akhirat. Sebagai hamba, kita perlu bersyukur diatas segala nikmat yang diberi.Terutamanya nikmat yang kita selalu abaikan seperti nikmat tubuh badan, air , udara, masa , sihat, muda dan yang sekutu dengannya.
Allahualam..
Healing Lyrics
قد يصعب عليّ أن أعبر
عمّا يختلج في قلبي
لكن اعتقادي
ينبع من إيماني
هناك شيء في الأعماق
ينادي
يناديني ويناديك
يرتقي بنا إلى الأعلى
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف
بسمة قد تغير حياة الإنسان
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء
شفاء بشفاء .. ومع كل شفاء شفاء
اكسر القيود والحدود
اعط تُعطى .. فالعطاء يوجب عطاء
نظام كوني رباني
هناك قوى خفية
تجذب بعضنا لبعض
تجذبني أنا وأنت
تجذبنا للأعلى
الشفاء … قد يتجسّد في عمل بسيط لطيف
بسمة قد تغير حياة الإنسان
فلنبدأ بعمل يكون فيه شفاء
قلب بين يدي قلب و بيد الله كل قلب
عين ترعى عينا .. وعين الله ترعى، و لا شيء عنه يخفى
إسع نحوالعطاء… و ستلقى و تعطى
إشف.. و سوف تشفى
Written and Produced: Sami Yusuf
Lyrics co-written: Dr. Walid Fataihi
Mixed and Mastered at Andante Studios
I LOVE YOU SO
By: Maher Zain
I pray to God
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for you
O Allah, you did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so
Now I know how it’s like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds
You are the One who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing you is now my only goal
Oh I love you so
I love you so
And I swear that I will never put anyone
Or anything before You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers – all for you
Melody & Arrangement: Maher Zain
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang.
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Kita tak dapat lari daripada ujian Allah, kerana dengan ujian itulah iman akan teruji. 'Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata 'kami beriman' sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian) surah al -Ankabut:2. Allah baru sahaja MENCUBIT kita sedikit, jika dibandingkan dgn nikmat kurniaaNya yang melangit luas.Jangan cepat melatah.Disinilah kebergantungan kita kpd Allah sgt diperlukan..
Kemudian Malaikat tadi mendatangi si buta dengan menyerupai orang buta seperti keadaan si buta waktu itu dan berkata: Saya adalah orang miskin yang kehabisan bekal di tengah perjalanan. Sampai hari ini tidak ada yang mau memberi pertolongan kecuali Allah ? kemudian engkau. Saya meminta kepadamu -dengan menyebut Dzat Yang telah mengembalikan penglihatanmu- seekor kambing untuk bekal dalam perjalanan saya. Si buta berkata: Saya dahulu adalah orang yang buta kemudian Allah mengembalikan penglihatan saya. Maka ambillah apa yang kamu inginkan dan tinggalkanlah apa yang tidak kamu senangi. Demi Allah, sekarang saya tidak akan memberatkan sesuatu kepadamu yang kamu ambil karena Allah Yang Maha Mulia. Malaikat itu berkata: Peliharalah harta kekayaanmu, sebenarnya kamu itu diuji dan Allah telah ridha kepadamu dan murka kepada kedua temanmu (si belang dan si botak).”
(Bukhari dan Muslim)
Antara Nikmat yg selalu kita kufuri..renung-renungkan..
”My heart is so small
it’s almost invisible.
How can You place
such big sorrows in it?
“Look,” He answered,
…”Your eyes are even smaller,
yet they behold the world.”
Tarikh : 23-24 Oktober 2010
Tempat : Kinabalu Park, Kundasang
Peserta : 11 orang
Pakcik Yusuf, Jamahizan, Fendi, Kidin, Abe, Yahya, Zaidi, Khairul, Adibah, Ainol dan aku..
Alhamdulillah...
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadhirat Ilahi kerana trip Kinabalu Climbathon telah pun kami hadiri walaupun tiada seorang pun yang berjaya sampai ke puncak (Low's Peaks 4095meter).Syukur kerana semua diantara kami telah mendaki dan turun dari Kinabalu dengan selamat.1001 pengalaman yang kami kutip akan kami bawa untuk pendakian yang seterusnya..
Terima kasih yang tidaak terhingga kepada Pakcik Yusuf yang membekalkan kami dengan penginapan di Tuaran dan pengangkutan sepanjang perjalanan kami.Tidak dilupakan sahabat yang turut sama menyertai 24th Kinabalu International Climbathon kerana memberi sokongan.Moga kita dapat berjumpa di 25th Kinabalu Inter. Climbathon..!
Berikut adalah ringkasan daripada perjalanan kami..
21 Oktober 2010 (Khamis) Tiba di Kota Kinabalu
1.00 tghr - Berangkat dr LCCT,KLIA ke Terminal 2 KKIA
8.00 mlm - Berjumpa pakcik Yusuf di waterfront, KK makan malam di waterfront.(Menu Ikan Bara Bakar dan Sotong Goreng), Terima kasih Pakcik Yusuf sekali lagi kerana sponsor makan malam kami...
9.00 mlm - Membeli Cendera hati di Pasar Filipin.
Bergerak ke Tuaran untuk bermalam di rumah Makcik Saudara Yahya..
Tidur..
22 Oktober 2010 (Jumaat) Snorekeling di Pulau Manukan
9.00 pagi - Bergerak ke Jeti Jesselton, Snorkeling di Taman Laut Tunku Abdul Rahman (Pulau Manukan), kos RM20 seorang (bot $10, snorkel, $10)
2.30 ptg - Bergerak ke Kundasang...Perjalanan memakan masa selama 2 jam
4.00 ptg - Berhenti di Pekan Nabalu membeli buah tangan
5.00 ptg - sampai di kinabalu Park, register untuk 24th International Kinabalu Climbathon
6.00 ptg bergerak ke Homestay, Kundasang
8.00 mlm - Makan malam di restoran Al-Hidayah (note-"Sayap" sedap disini)
9.00 mlm - Pulang ke Homestay dan tidur
23 Oktober 2010 (Sabtu) Acara Climbathon untuk Veteran dan Wanita Terbuka
7.30 pg - Flag Off
4.00 ptg - Bergerak ke Kolam Air Panas Poring..entrance fees klu tak silap dlm 3 rgt
6.00 ptg -Ke pekan Ranau, makan malam
8.00 mlm - Pulang Ke Kundasang
24 Oktober 2010 (Ahad) Men Open
5.30 pg - bangun pagi dan bergerak ke Kinabalu Park
6.00 pg - naik van ke Timpohon Gate
7.00 pg - Flag Off
12.00 tghr- Semua sampai di Finishing Line
Route Kinabalu Climbathon pada kali ini ialah 21km
(=8km naik+8km turun+5km on road)



















